0 comments

Harga Minyak?Barang Naik?Cukai?Boros dan Bazir!

world counts on you




read more
0 comments

Koh Samui dan Tomoi.

Bismillahirrahmanirrahim,

Apabila menyebut tentang sebuah pulau di Selatan Thai, Koh Samui maka teringatlah pula tentang Tomoi. Di dalam rancangan TV Enfusion, sebuah rancangan tentang perlawanan Kick Boxing ala Tomoi dari serata dunia diadakan di pulau Koh Samui iaitu disebut bahawa pulau yang menjadi tempat asal lahirnya silat Tomoi itu. 
Maka setelah teringat akan tempat asalnya Tomoi iaitu di pulau Koh Samui itu lalu satu demi satu peristiwa sejarah yang pernah disebut-sebut oleh orang-orang Melayu Selatan Thai atau Pattani tentang tanah leluhur mereka itu datang bergema semula di dalam kenangan saya. Disebutkan bahawa sejarah orang-orang Melayu Pattani yang dulunya tanah itu amat luas jajahannya dan empayarnya gah serata alam Melayu. Kalau disebutkan tentang Pattani maka kita harus membaca tentang keluasan empayarnya yang bermula di utara iaitu wilayah Cuping (kini disebut dalam bahasa Siam Chumphon), ke Renung (kini disebut Ranong), ke Pahang Nga (kini disebut Phang-nga), ke Surat Tani, ke wilayah Bedelung (kini disebut dalam bahasa Siam Patthalung), ke wilayah Ligor (kini disebut Nakhon Si Thammarat), ke Singgora (kini disebut Songkhla), ke Krabi, ke Pattani, ke Satun, ke Jala (kini disebut Yala), ke Nara (kini disebut Narathiwat), ke Kelantan, ke Terengganu dan ke Pahang.
Pulau Koh Samui berada dalam wilayah Surat Tani. Semua wilayah-wilayah tadi adalah hak milik asal orang-orang Melayu. Ianya berada dalam empayar Pattani Besar. Kemudiannya wilayah Kelantan, Terengganu dan Pahang terlepas dari genggaman Pattani Besar lalu bebas dari cengkaman serangan Kerajaan Siam yang berpusat di wilayah Ayutthaya (yang kemudian berpindah ke Bangkok). Ini bermakna Koh Samui dalam sejarah orang Melayu di situ adalah amat bermakna kerana Koh bererti pulau dan Samui pula berasal dari kata Samun dalam bahasa Melayu Jawi. Orang Melayu dikenali sebagai orang Jawi. Jawi adalah asal-usul keturunan Melayu. Bangsa Jawi dimaksudkan sebagai bangsa Melayu. Makna Samui disebut dalam bahasa Siam ialah berasal dari sebutan bahasa Jawi iaitu Samun. Sebagaimana kita maklum samun ialah satu perbuatan menyamun, orang yang menyamun digelar penyamun. Ia satu perkataan Melayu yang sungguh lama dan tua.
Menurut cerita orang-orang tua Pattani dan Pantai Timur Malaysia bahawa perbuatan raja-raja dahulu adalah amat kejam dan zalim. Ini kerana mengerjakan perbuatan menyamun pedagang-pedagang yang lalu-lalang di situ. Mereka diibaratkan sebagai yang kuat menindas yang lemah. Oleh sebab itulah mereka dapat menjadi raja kerana menguasai orang. Orang-orang tua dahulu mengatakan bahawa raja-raja berasal dari ketua penyamun. Oleh kerana itu, mereka menggelarkan raja sebagai asal ketua penyamun.
Sebenarnya, perbuatan menyamun itu dilakukan oleh orang-orang atau awak-awak raja. Mereka dilatih sebagai hulubalang-hulubalang kerana hebat bersilat dan bertikam. Hulubalang dan pengawal raja ini pula ditugaskan secara sulit oleh raja untuk mengutip cukai dari pedagang-pedagang yang lalu-lalang di perairan tanah Jawi ketika itu. Setelah mendapati pedagang enggan membayar cukai lalu dipaksa oleh mereka, kemudiannya hasil cukai atau rampasan itulah disimpan di sebuah pulau berhampiran sebagai markas mereka. Akhirnya perbuatan mereka direstui oleh raja. Berlakulah pekerjaan samun yang direstui. Jika pengawal-pengawal itu tidak membawa hasil kutipan cukai yang dikehendaki oleh raja pada hari itu maka leher mereka akan dipancung. Setelah hasil samun mereka dihimpun di Pulau Samun itu banyak, lalu mereka serahkan kepada sang raja. Begitulah ceritanya.
Lahirnya Tomoi sebagai satu seni bela diri berpunca dari gerakan silat yang asal iaitu Silat Jawi. Ia asalnya diamalkan oleh penyamun-penyamun diraja itu. Di pulau itulah mereka melahirkan gerakan seni yang baru untuk memudahkan pekerjaan mereka menyamun itu. Ia diubahsuai dari gerakan bunga Silat Jawi juga. Ia lebih keras, gagah dan tangkas tanpa perlu bunga-bunga yang banyak.
Maka lahirlah Tomoi(kini Muay Thai) di pulau itu, Pulau Samun, akhirnya kini disebut dengan pelat Siam iaitu Koh Samui. Masyhurlah nama Koh Samui sebagai tempat asal lahirnya seni beladiri Tomoi kini.
Silat Jawi ialah satu seni beladiri resmi orang-orang Melayu Pattani hingga kini. Sebagaimana sedia maklum, Jawi bermakna Melayu. Silat Jawi ialah Silat Melayu. Itu saja. Silat ini mempunyai nama yang banyak sebenarnya. Ia masyhur di Kelantan juga dan dikenali sebagai Silat Jatuh. Di Pahang ia dikenali sebagai Silat Sendeng Kelantan.

world counts on you




read more