0 comments

UMNO Jahat? PAS Jahat Juga???

Kata sesetengah orang yang tidak berpuashati dengan parti masing-masing dengan mengatakan bahawa mereka tidak suka puak ini dan tidak suka puak itu. Lalu ada yang menuduh orang tertentu jahat dan merekalah yang baik. Kemudian ada pula yang mengatakan puak itu jahat dan puak dia sahaja yang baik.

Kata Mak Limah kelmarin bahawa inilah gara-gara orang PAS! Konon certitanya ada seorang PAS berpangkat penghulu di kampongnya telah merampas tanah Pakcik Lee yang pro-UMNO itu.  Jadi dengan geram Mak Limah berkata bahawa orang PAS dan puak PAS ini jahat. Pak Lee mengakui bahawa ketika dia menjumpai pegawai tanah, mereka telah memintanya menyalin nama ke dalam geran dahulu.

Kemudian, isteri Pakcik Lee menyampuk bahawa bekas penghulu PAS tersebut telah pun menyerahkan tanah yang dirampas lalu memberikan kepada kakaknya. Namun, kakaknya tidak membayar harga geran di pejabat tanah walaupun isteri pakcik Lee telah mendesak kakaknya itu memberikan peluang agar dia yang membayarnya. Kakaknya masih berdegil untuk mengambil tanah itu walaupun tidak mampu membayarnya. Lantas tanah itu diambil kembali oleh pejabat tanah dan menyerahkan semula kepada bekas penghulu PAS tersebut dan menjadilah haknya semula dengan segala senang hati.

Alangkah ruginya orang yang berdegil tersebut. Waduh!!! Namun inilah dia alasan mereka untuk menyatakan bahawa orang PAS adalah jahat!!?


Habis, semua orang jadi jahat. Mana aci kalau semua orang itu jadi jahat semata-mata kerana ikut PAS. Kesianlah pada orang yang berbuat amal kebajikan dan beramal soleh. Bagaimana dengan mereka? Adakah mereka juga jadi jahat dengan tidak semena-mena hanya dengan anggapan dan nafsu orang yang menuduh? Mengikut perasaan saja menuduh orang jadi jahat tanpa mengambil kira adakah mereka bersalah atau tidak? Bagaimana dengan orang yang tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak tahu apa-apa? Atau tidak terlibat langsung dengan kesalahan bekas penghulu PAS seperti kata Mak Limah tersebut? Ini tidak adil!!!

Adakah orang lain yang buat dosa tapi orang lain pula yang menanggung dosa itu dan masuk neraka? Adakah itu adil? Kalau macam itulah maka Allah tidak adil. Bagaimanalah agaknya orang yang membuat penilaian sendiri ini seolah-olah dia berkuasa menentukan ikut sedap mulutnya saja. Siapa yang masuk neraka dan siapa yang masuk syurga. Allah sajalah yang berkuasa menentukannya bukan manusia-manusia yang mengikut perasaan setannya dan nafsu ammarahnya itu. Malah orang yang beramal soleh adalah orang yang diredhai Allah. Mereka tidak termasuk sebagai orang yang dimurkai Allah. Adakah mereka akan masuk neraka??? Hanya kerana menggolongkan dia dalam satu golongan yang mereka nyatakan sebagai jahat??? Semuanya jahat??? Ini sungguh melampau dari ketetapan Allah. Kerana Allah tetapkan sesiapa yang berbuat amal soleh akan mendapat kebaikan dan pahala. Sesiapa yang berbuat dosa dialah akan mendapat dosa itu dan dibalas oleh Allah tetapi bukannya orang lain walaupun saudara mara mereka. Adakah anak berbuat dosa dan ayah yang masuk neraka? Hanya kerana orang menyatakan bahawa keluarga mereka itu jahat kerana anaknya jahat. Padahal ayahnya beramal soleh. Ayah tidak dapat menolong anaknya yang masuk neraka. Jika anaknya kufur kepada Allah. Begitulah sebaliknya jika anaknya beramal soleh dan ayahnya kufur. Anak tidak dapat menolong ayahnya. Masing-masing menanggung amalan masing-masing. Tidak orang lain. Tiada sesiapa menanggung samada dosa atau pahala orang lain.

Kita tidak mahu jadi seperti sangkaan orang Kristian terhadap Nabi Isa yang mengatakan bahawa Nabi Isa itu menanggung dosa penganut Kristian semuanya. Oleh sebab itulah maka Nabi Isa itu apabila dia disalib dan mati maka dia mati dengan membawa semua dosa-dosa penganut Kristian. Jadi orang Kristian semua suci dari dosa mengikut tanggapan agama Kristian kini. Sedangkan itu semua hanyalah rekaan dan sangkaan sahaja. Bukanlah datang dari ajaran Nabi Isa itu.

Habis itu, kalau sudah tahu UMNO jahat buat apa ikut UMNO? Wahai orang yang mengikut hawa nafsu bercakap! Bukankah semangat bercakap sahaja tidak membawa ke mana-mana? Hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kemudian sejuk tiada makna apa-apa lagi. Ikutlah ilmu kerana ilmu itu apabila kita ikut ia akan membawa kita kepada kebenaran dan bukan hangat-hangat tahi ayam bahkan akan terus benar selamanya.

world counts on you
read more