0 comments

PRU 12 yang bersejarah.

world counts on you

Pada pilihanraya ke 12. Cuabaan pertama PAS untuk merebut kerusi dan undi rakyat. Dengan strategi yang baru. Di mana gabungan antara DAP, ADIL dan PAS melawan BN-UMNO. Jadi, sekarang ini tidak timbul kenapa hendak bergabung dengan UMNO untuk melawan BN.

Oleh kerana PAS menang, KeADILan menang dan DAP menang sekarang timbullah isu 'gila talak' UMNO-BN disebabkan kemenangan gabungan itu dapat mengalahkan UMNO. Jadi pertikaian puak dan juak yang menyokong UMNO-BN terlihat ingin membesarkan perkara ini dengan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka ; kenapa PAS bergabung dengan DAP dan ADIL? Kenapa PAS tidak mahu bergabung dengan UMNO? Sedangkan PAS Melayu dan UMNO Melayu walaupun bukan perlembagaan Islam?

Kenapa?! Di sini mereka begitu dangkal. Mereka ingin berpolitik dan berpilihanraya? Mereka menjadi begitu sempit fikiran dan dangkal hanya kerana mereka tidak dapat 2/3 kerusi? Inikah politik sempit UMNO? Juak-juak dan puak-puak mereka disempitkan dengan pemikiran bahawa PAS dan DAP diperalatkan. Padahal mereka lupa bahawa mereka yang menyebabkan PAS dan UMNO berpecah!


read more
0 comments

Konspirasi

world counts on you

Mentang-mentanglah Beng Hock itu dikenali sebagai seorang Cina dan bukan Islam lalu senang-senang mereka tuduh dia bunuh diri. Keputusan yang dibuat oleh mahkamah agung setelah mendengar keterangan seorang pakar forensik suruhanjaya diraja yang diupah oleh kerajaan BN dari Australia menyatakan bahawa sah Beng Hock bunuh diri. Kajian yang dibuat sebelum ini oleh pakar forensik bebas dari Thailand tidak diambil peduli atau tidak boleh dikira langsung kerana kononnya tidak memihak kepada SPRM tajaan BN itu. Dr Porntip tidak disahkan sebagai pakar Forensik pula. Bagaimana ini berlaku? Hanya kerana Dr. Porntip tidak mengakui rancangan kepalsuan mereka? Sah benar mereka didalangi oleh suatu kuasa tangan tersembunyi yang bergerak bawah tanah. Mereka ialah Kumpulan Rahsia Freemason.

Bagaimana mungkin Beng Hock yang mempunyai seorang tunang dan akan berkahwin itu dituduh membunuh diri? Hanya kerana dakwaan tertekan dengan cara soal siasat? Bagaimana agaknya seorang yang akan bertanggungjawab terhadap kehidupannya malah tiada langsung kekecewaan tentang kehidupannya sanggup membunuh diri? Adakah ini masuk akal?

Dia tidak akan sanggup membunuh diri dan meninggalkan kehidupannya yang dipertahankan selama ini melainkan dia dibunuh atau dipaksa bunuh diri. Itu saja nampaknya yang akan disimpulkan setelah kita memahami duduk perkara ini. Kerana setiap dalang dalam konspirasi ini berpunca dari campurtangan pihak yang berkepentingan dalam politik dan keuntungan materialistik sebagai pemegang tampuk ekonomi Malaysia seterusnya dunia itu. Tidak lain dan tidak bukan adalah campurtangan dalaman secara rahsia iaitu komplot konspirasi Freemason atau secret society yang membelenggu ahli politik tempatan. Ada di kalangan ahli politik dan pentadbir berkepentingan dalam kerajaan BN ini yang menjadi konco mereka. Bukanlah ingin menuduh sesiapa. Bukan semuanya mereka begitu tetapi ada di antara mereka yang memilih jalan itu. Lalu kerana tamak dan termakan pujukan duniawi yang sementara itu ia mengelabui mata mereka. Oleh kerana itu mereka sanggup menggadai jiwa mereka dan bekerjasama dengan kumpulan rahsia itu. Mereka mengorbankan segalanya kebenaran, kejujuran dan keadilan semata-mata sebagai tukaran demi untuk mendapatkan ganjaran syurga dunia yang dijanjikan oleh pengikut DAJJAL MATA SATU itu. Ini bertepatan sepertimana sabda Rasulullah saw bahawa NERAKA DAJJAL itu ialah SYURGA ALLAH sebaliknya SYURGA DAJJAL itu ialah NERAKA ALLAH.
Sebelum ini telah berlaku pembunuhan misteri yang membabitkan pegawai JAS. Rumie Azzan Mahlie, Pegawai Penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS) maut jatuh dari tingkat 9 pejabat JAS pada tahun 2004. Keduanya ialah Beng Hock. Kali ini ialah seorang pegawai kastam. Ahmad Sarbani Mohamed, 56, seorang pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mati 6 April 2011 yang dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
Kematian mereka diwarwarkan sebagai membunuh diri. Mereka adalah saksi dalam siasatan hal berkenaan kepentingan dalam Kerajaan. Adalah kepentingan mereka itu terlalu rahsia sehingga terpaksa disorokkan walaupun dengan membunuh dan mereka-reka cerita.

http://sisibukit.blogspot.com/2011/04/ahmad-sarbini-seorang-yang-beriman.html
http://notamerah.wordpress.com/2011/04/11/misteri-pembunuhan-6-tahun-lalu-akan-terjawab-jika-2-kes-rakyat-malaysia-dibunuh-di-perkarangan-pejabat-sprm-selesai/

Banyak lagi kes-kes kumpulan rahsia ini yang melibatkan kepentingan politik mereka dalam kerajaan Malaysia. Seperti kes Jabatan Alam Sekitar di mana seorang pegawai yang cuba melaporkan kebenaran tentang penyelewengan mereka lalu setelah sabit kematiannya lalu dia pun disahkan bunuh diri. Walaupun begitu tiada tanda-tanda dia membunuh diri dan tidak munasabah bahawa dia dalam keadaan bunuh diri. Kemudian kes itu ditutup oleh mereka. Ini kerana kuasa dalam tangan mereka.
Ini juga pernah berlaku di negara-negara lain di dunia ini yang mana ada campurtangan kumpulan rahsia itu. Contoh yang paling serius ialah Amerika Syarikat. Di mana kuasa Rumah Putih berada dalam genggaman Yahudi. Sudah banyak kes kejadian yang melibatkan orang yang berkepentingan dalam negara itu yang apabila cuba membongkarkan kerahsiaan penyelewengan mereka namun didapati orang itu mati dalam keadaan misteri. Lalu dia dikatakan membunuh diri atau diserang sakit jantung tiba-tiba.

Wallahu a’lam.
read more
0 comments

DAP vs UMNO? PAS? KEADILAN?

world counts on you

Memang perkara ini tidak puashati sesiapa yang memikirkannya. Perkara yang berkaitan dengan parti-projek dan bantuan.

A :
Kata Pak Lee, sebab itu orang tidak suka DAP dan KeAdilan. Mereka ini sepakat hendak menjadi PM dan TPM di Malaysia ini. Mereka ini membahayakan rakyat Malaysia yang Melayu ini. Jika mereka berjaya mendapat tampuk pemerintahan nanti. Kalau UMNO kalah tentulah orang Melayu jadi susah. Sebab UMNO parti Melayu dan PAS pun parti Melayu. Dua-dua inilah saja yang kita boleh berharap. Kalau UMNO kalah dan PAS pula jadi kuda tunggangan DAP, begitu juga KeAdilan memang sudah jadi 'pak turut' DAP. Susahlah orang Melayu. Kata Pak Lee bersemangat sekali, sambil mengira-ngira dalam kepalanya bahawa semua tanggapannya itu betul menurut persepsi UMNO anutannya itu.

Memang DAP itu orang Cina punya. Mereka pun bukan Islam. Mereka sokong orang bukan Islam lah nanti. Sambung Pak Lee lagi. Kalau PAS tidak mengapalah sebab ianya Melayu juga dan Islam pula. UMNO dan PAS bagi sayalah tidak menjadi masalah sangat. Tapi kenapa orang Melayu ada yang undi DAP pada pilihanraya ke12 dulu? Pak Lee masih tidak faham dan hairan dengan kejadian ini kerana menurut tanggapannya orang Melayu sudah bodoh dan sesat dalam memilih calon pimpinan di Malaysia ini.

Saya sokong kalau PAS memerintah Kelantan ini. Saya sokong kalau PAS perintah Kelantan ini sampai "sokmo-sokmo" pun tidak mengapa. Katanya lagi tanpa ragu-ragu dan berselindung.

UMNO tidak suka DAP itu pun kerana takut nanti orang Melayu akan susah dan tanah Melayu akan jadi hak Cina. Sebab itu UMNO tidak beri bantuan kepada Cina.

B :
Macam mana dengan MCA? bukankah mereka itu pun Cina? Bagaimana UMNO melayan mereka sama pula? Tanya saya.

A :
MCA itu lain. Kata Pak Lee. Mereka itu telah diberikan sedikit bahagian oleh UMNO sebab itu mereka tidak bertindak agresif terhadap UMNO dan orang Melayu. Pasal itulah DAP marah, Cina marah pada kerajaan UMNO. UMNO tolong orang Melayu saja! Tambah Pak Lee. DAP ini bahaya tapi MCA tidak bahaya.

B : 
Oo! Begitu. Jadi UMNO tolong Melayu saja? Semua Melayu saja? Asalnya hendak bertanya pasal rumah bantuan kerajaan pusat dekat lereng bukit dalam kebun getah itu saja. Dari mana pakcik itu dapat bantuan?

A :
Itu dari kerajaan pusat lah, kerajaan BN. Kena UMNO baru dia beri kalau tidak UMNO dia tidak beri... kalau PAS dia tidak berilah. Macam itulah.

B : 
Ooo...begitu.
(Bukan semua Melayu yang ditolongnya. Rupanya dakwaan menolong orang Melayu itu tidak tepat sangat-sangatlah!)
Kalau macam itu, samalah saja kalau UMNO tidak beri pada DAP dan tidak beri kepada PAS. Bermakna UMNO tidak sokong lah orang Melayu atau hendak membantu orang Melayu. Cuma hendak sokongannya saja.

A :
Kita ini kiranya ada dua bapak lah. UMNO dan PAS di Kelantan ini. Untung ada 2 bapak ini. Boleh minta itu dan ini. Minta dengan UMNO boleh dan minta dengan PAS pun boleh. Kalau PAS menang sokmo di Kelantan ini pun tidak mengapa.

B :
(Pasal sudah tengok dan nampak bukti Kelantan berjalan lancar di bawah PAS. Memang tidak pilih bulu. Biasalah Pak Lee ini orang UMNO. Masalahnya dengan UMNO kenalah UMNO dulu. Ceh!)

A :
Kenapa tempat lain, negeri lain itu tidak letak PAS jadi calon. Habis diletaknya DAP dan KeAdilan. Adakah patut begitu? Pak Lee memang tidak setuju langsung mengikut tanggapannya kerana itu satu kesilapan PAS.

Kita sama-sama Melayu ini sokong PAS pun tidak mengapa. Ini tidak, adakah patut diletaknya calon DAP. Pakat sokong KeAdilan pula. Huh! LETAK PAS, MENANG PAS TIDAK MENGAPA. KITA SOKONG SEBAB SESAMA MELAYU!

B :
(Masalahnya dulu sewaktu PAS meletakkan calonnya di mana-mana pun untuk mengundi lawan UMNO, adakah sesiapa sedar untuk undi PAS? Haram tidak ada satu pun. Dulu mengapa asyik pangkah UMNO saja? Ini pun kalau masih lagi PAS seorang saja menghadapi UMNO-BN..adakah PAS akan menang pilihanraya ke-12 tanpa bantuan DAP dan KeAdilan? Ceh...!)
Entah lah! Ish...


p/s: Wawancara peribadi.


read more
0 comments

Terlanjur Atau....?!!

world counts on you

Saya amat tertarik dengan apa yang dikatakan oleh penulis dalam blog ini. Rujuk di sini. Anda boleh membacanya sedutan di bawah :

“Jadi awak setuju atau tidak?”


“Itu soalan kemudian. Yang pertama atau utama, saya ingin menyoal awak. Awak setuju atau tidak semua mukadimah zina yang ada ini dicegah? Dalam Islam kaedah ini dinamakan ‘sazdus zaraik’. Kempen tutup aurat, kempen anti pergaulan bebas dan kempen mengerjakan solat perlu diperhebat! Ini kempen ‘buka hati’ untuk hadapi langit terbuka!”

“Ei, ada kempen solat juga?”

“Ya Allah, bukankah solat mampu mencegah kemungkaran? Cuba lihat statistik berapa ramai remaja yang meninggalkan solat? Ada kajian dulu yang saya dengar sudah di tahap 80% umat Islam sudah tidak solat. Remaja kita bagaimana? ‘Retua’ yang mendidik remaja pula bagaimana?”

“Wah, awak nak cakap tentang solat pula…”

Saya diam. Berdoa. Betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami, menghayati dan mengamalkan serta memperjuangkan agamanya. Padahal ajaran Islam itu berkait antara satu sama lain. Ada kesan berangkai yang jika diamalkan, ada kesan baik kepada bidang yang lain. Dan ada kesan buruk secara berangkai bila salah satu ajarannya ditinggalkan. Justeru, Allah telah memberi peringatan: Masuklah Islam secara keseluruhan!

Soalnya, apakah kita sudah Islam seluruh, sepenuh? Langit sejak dulu telah terbuka dengan turunnya wahyu, bukankah Islam itu agama samawi? Tetapi hati kitalah yang tertutup untuk menerima cahayanya. Apa gunanya langit terbuka, jika mata hati tertutup?

Hasilnya, hati dan diri kita tetap gelap dalam limpahan cahaya!

Read more: http://e-laporan.blogspot.com/2010/08/gelap-dalam-limpahan-cahaya.html#ixzz14en63y56
read more