2 comments

Tokek?To'ke?Gecko?Geruk? Wang?!!

world counts on you

Dipetik dari : Saudagar Dinar Blog

Apa tokek tokek? Kataku pada kawanku yang minta dicarikan gambar seekor binatang ala-ala cicak kobeng dan buaya. Ulps....ee, geli geleman aku. Cuma binatang ni lain sikit dari cicak. Jadi aku tak jadi geli.


Harga binatang ini kini mencecah ratusan, ribuan malah jutaan ringgit. Saya tidak pasti sebenarnya manfaat binatang ini. Cuma saya terjumpa binatang ini sewaktu saya singgah di masjid untuk solat asar di Sumpitan, Lenggong. Memang terkenal Grik dan Lenggong adalah markas utama binatang ini. Maka saya pun atas nasihat isteri saya, menangkap binatang ini tanpa ada perasaan apa-apa. Orang di sini memanggilnya 'geruk' dengan ejaan 'r'nya menjadi GHO. Geghuk!Untuk mengetahui keterangan lanjut tentang pembeli dan harganya saya menyelediki internet dan terus menulis blog ini. Isteri saya mengatakan bahawa ia ada penawar. Penawar? Ya, untuk HIV.Musuhnya ialah semut. Pantang ada semut ramai sikit mesti dihurungnya sang Tokek ini. Atau To'ke dalam loghat Kelantan. Matilah ia dihurung semut merajalela. Pagi tadi 30/8/2010 aku terbangun dan memeriksanya. Biskut ada sisa-sisa dihurung semut termasuklah To'ke-Geruk-Tokek ini. Aduh! Sedih dan menyesal. Ada baiknya aku lepaskan dia cari makan sendiri. Tiada rezeki.Sementara itu ada yang berfatwa ia adalah haram. Species yang bersamaan dengan cicak ini. Ia haram cuma dibolehkan kerana darurat dengan alasan ubat untuk HIV/AIDS. Bukan halal! Tapi kerana tiada bahan lain ketika ini yang menjadi penawar melainkan ia sahaja. Maka dibolehkan. Wallahualam. Rujuk di sini.

Sekian.
read more
0 comments

“Awek Bertudung”

world counts on you

Nampaknya era tudung dah menjadi-jadi sekarang ni dengan berbagai-bagai fesyen. Ada juga yang berfesyen tudung. Sekadar nak melepaskan hasrat arus fesyen. Ada juga yang ikhlas kerana agama Islam mewajibkan bertudung rambut atau kepala. Ada juga kerna memang nak ke majlis-majlis tertentu, misalnya majlis kahwin. Ada artis yang bila posing atau bersanding mengenakan fesyen tudung kemudian hilang tudungnya selepas itu. Ada yang salah tanggapan terhadap tudung. Kononnya wanita yang bertudung pun kena rogol juga!?? Ini adalah perkataan orang-orang yang ‘lagho’, perkataan Arab yang bermaksud lalai hatinya dari Tuhan. Ada yang pandang tudung ini baik Cuma cara berpakaiannya tak kena fesyen. Katanya asalkan tudung kepala sudah cukup, bawah tak tutup pun takapa dan pakai baju ketat dengan seluar ketat pun takpe. Yang parah lagi skirt pendek menampakkan sebagian betisnya yang mulus dan dada yang terdedah menampakkan lurah sementara kepalanya bertudung litup dengan sanggulnya kelihatan mencacak tinggi meninggikan tudungnya. Aik, pelik sungguh cara pemahaman bertudung sekitar rakyat Malaysia kini. 1 Malaysia!

Namun begitu, ada juga seorang artis yang berkata, “Saya masih lagi belum bersedia memakai tudung nanti bila dah bersedia baru nak pakai.” Adakah pemahaman bertudung itu hanya sekitar dah bersedia berfesyen begitu? Ini adalah kenyataan agamawan, bahawa bertudung itu wajib ke atas orang Islam yang mukallaf. Ia untuk menutup aurat perempuan Islam. Perkataan itu datangnya dari seorang perempuan Islam, yang mana wajib ia menutup aurat samada bersedia atau tidak. Kerana jika tak menutup aurat maka berdosa ia dan menanggunglah azab kemurkaan Allah. Undang-undang itu datang dari Allah dan hukum-hakamnya bukan lagi permainan manusia. Halal atau haramnya tetap berjalan dan tak berubah.

Aurat ertinya kemaluan. Perkataan asalnya ‘Aar’ maksud perkataan Arabnya ialah malu. Jadi sesuatu yang tak ditutup maka malu ia kerana terdedah kemaluannya. Aurat lelaki mukallaf ialah antara pusat dan lututnya. Demikian pula aurat perempuan ialah seluruh tubuhnya kecuali yang zahir dari keduanya, iaitu muka dan pergelangan tangan. Hendak tak hendak, menutup aurat atau kemaluan itu wajib bagi manusia mukallaf, waras dan tidak gila. Muka dan pergelangan tangan itu harus juga terbuka kerana ia perlu digunakan sesuai dengan perkara yang hendak dilakukan. Untuk memilih jodoh seseorang perempuan itu dapat dikenal hanya melalui raut wajahnya. Ia dicamkan dan dapat dibuat pentafsiran melalui pengamatan wajah tak perlu dibuka semuanya. Riak wajah dapat membuktikan peribadi yang ikhlas, suci hati, perangai, tingkah laku, kebiasaan dan pemikirannya. Pergelangan tangan dapat membuktikan keadaan tubuh badan seseorang perempuan. Gemuk, kurus, ramping atau sederhana. Ada petuanya. Jadi untuk apa membukanya semua sekali kalau sekadara untuk mengecam itu?

Menutup aurat tiada salahnya. Normal manusia memang menutup aurat dan merasa malu jika didedahkan auratnya. Kalau sebarangan sahaja membuka atau mendedahkan sebahagian tubuhnya maka seorang perempuan itu telah dikira mempertontonkan kemaluannya. Boleh juga dikatakan telanjang. Walau sebahagian sahaja ditutup atau dibuka maka dikira telanjang sama seperti tidak menutup langsung. Apalah ertinya menutup sebahagian saja dan memakai tudung sedangkan bahagian tubuh lain terdedah? Ini ganjil cara menutup aurat, atau memang ingin membukanya?

read more
0 comments

Hidup Iran!

world counts on you

Seperti yang telah dijelaskan oleh Faisal Tehrani di dalam blog beliau bahawa Iran mempunyai penguasaan yang terbaik di dunia Islam kini. Islam juga akan terkuat di negeri Parsi ini. Ia akan menjadi pembela kepada agama Allah.
Kini Iran telah mengorak langkah maju ke hadapan dengan sikap orang-orangnya yang mahu terus berjaya, bahawa mereka telah pun membina tapak pelancaran roket ke angkasa. Selepas beberapa lama dahulu dituduh membina loji nuklear oleh Amerika dan konco-konco Zionis. Itu tidak menjadi masalah bagi orang yang benar dan keras terhadap musuh Allah. Yang penting kita harus sedar tidak selamanya akan bergantung pada musuh dalam menentukan hidup kita. Musuh Allah musuh kita juga. Hidup Islam!


Begitu juga, tidak berapa lama dulu kita telah disedarkan akan kewujudan satu permainan ala anak patung Barbie milik Iran. Sendiri punya! Kita tidak harus menunjukkan ketaksuban kita pada gaya hidup barat selama kita masih ada budaya sendiri. Peliharalah warisan dan kebaikan budaya kita dari diceroboh oleh anasir-anasir ala Zionis yang bercita-cita untuk menghapuskan kewujudan kita. Budaya warisan yang baik tidak ditolak oleh Islam malah Islam menaruh kepercayaan kepada perkara yang baik selagi ia boleh dimanfaatkan untuk kebaikan Insani. Ada gembar-gembur pihak yang mengatakan itu dan ini, ini boleh itu tak boleh. Boleh dan tak boleh sebenarnya bergantung pada sejauh mana ia boleh memberikan keburukan atau kebaikan pada manusia. Apa yang diharamkan oleh Allah selama ia disyariatkan maka ia tetap Haram, begitu juga yang halal maka ia tetap Halal di sisi Allah.
Jangan ada yang menghalalkan hanya kerana orang yang mengatakan halal itu kena dengan serakah mereka. Hanya kerana memberi lesen ia jadi Halal? Itu sudah jauh dari norma Ilahi-Insani yang fitrah pada manusia. Kalau tidak bayar lesen maka jadi Haram walaupun ianya halal hakiki. Ini dikira sudah mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Menentang ketetapan Allah, sudah tentu! Jauhkan diri dari syirik kecil, tambahan pula yang besar.
read more
0 comments

Awan

Hm, sedap betul kalau duduk di bawah pokok melihat awan. Sejuk mata memandang. Tapi sekarang ni susah kalau nak duduk bawah pokok dan beratapkan langit cerah kerana pantang ada pokok sikit ada saja yang nak tebang. Ish, benci aku pada manusia perosak alam. Waktu kecil aku suka memandang ke awan dan melihat langit biru nan luas itu. Pabila ke pantai kulihat kaki langit bercantum dengan laut. Takut ada, gerun dan takjub juga. Hatiku merintih. Tuhan Maha Agung. Pencipta keindahan dan pentadbir alam.

Setelah dewasa ini, aku akhirnya akur juga bahawa segenap alam ini akan musnah jua. Tatkala manusia dibangkitkan mereka akan ditanya satu persatu tentang perbuatan mereka, mereka akan dihisab. Aku pernah bertanya nenek, kenapa kita perlu mati? Nenekku menjawab, kita tak perlu takut pada mati...kita hanya patut takut kepada Allah. Syurga dan neraka di tangannya. Jawapan ringkas itu, menjadikan aku berfikir. Waktu itu aku hanya berusia 6 tahun!
Habis,kalau kita tidak menghisab diri sendiri sekarang ini, bila lagi? Menyesal tak berkesudahan gamaknya. Sebelum kita berjumpa Ilahi, ada baiknya kita menjadi insan dan hamba yang bersyukur. Insaf atas segala keterlampauan sebelum 'ia' menjelang tiba. Apalah ertinya sedap yang sedikit jua jika sakit yang bermaharajalela lebih lama, di akhirat tiada kembali ke dunia lagi.
Sebelum kita membicarakan hal dunia, kita jangan lupa akhirat tempat kembali kita. Ingat dosa dan pahala jua. Nescaya selamatlah kita.

read more