0 comments

Niaga : Ke mana arah kita.


"Kelmarin ada beberapa orang berbincang tentang bagaimana hendak maju dalam ekonomi." Kata Encik Zee. "Kalau hendak berjaya dalam ekonomi kita kenalah rajin berniaga, kena berani..." celah Mat Pie pula. "Itu memanglah betul, sebab kalau tak berniaga ekonomi pun takde la, kan?" Kata Encik Zee lagi. "Kalau berniaga mesti jujur dan amanah. Murah hati dan jangan cepat nak untung." Tuan Che yang sedari tadi ada di situ memerhatikan saja cuba mencelah. "Memanglah, Encik Che kan dah lama dalam bidang ni...mesti dia tahu banyak kan? Heheh." Balas Mat Pie pula. "Bukan begitu sebenarnya Mat, yang perlu kita lakukan ialah niat kita mesti baik. Jujur dan amanah itulah permulaannya. Baik hati kerana bukan semua orang boleh melakukannya." Kata Encik Zee. "Yalah, sementelah pula orang Melayu ni, takde pelajaran bidang perniagaan secara formal. Pengurusan syarikat lagi la. Berapa kerat aje yang pakar bidang ni. Niaga kecilan ada la." celah Mat Pie.
"Mm, betul tu..." kata Tuan Che. "Lagi pula orang Melayu kebanyakannya tak tau mengambil hati pelanggan. Aku sendiri pernah berjumpa dengan orang Melayu berniaga tapi tak tau nak layan pelanggan. Itu contoh saja berapa ramai lagi yang macam tu pun aku tak tau la...kan?" tambah Tuan Che lagi.
"Satu hari tu aku ke kedai Alat Tulis milik orang Melayu kita la. Sekali aku masuk nak tengok-tengok aje la, ada la minah tu...tuan kedai kot duk bersembang tepi meja. Aku baru nak survey alat tulis kot-kot ada yang berkenan. Dia terus tanya aku (Ya! Dik nak apa?) Aku bukan nak beli apa sangat. Soalan tu, campur suara dia seolah-olah tak suka aku masuk tengok barang-barang kedai dia." cerita Mat Pie panjang lebar. "Apa pendapat Encik Zee?" tanya Tuan Che.
"Macam ni lah, sebenarnya saya pun jarang ke kedai Melayu lagipun tempat saya tinggal tu ada sebuah aje kedai Melayu itupun kedai makan. Semua orang cina meniaga. Almaklum sewa mahal..." jawab Encik Zee. "Tapi dalam banyak-banyak kedai saya pergi, orang-orang cina ni ada satu standard dia jaga, tak kira la pekerja dia Melayu ke, pekerja dia cina ke...sama jugak. Setiap kali kita masuk diorang akan berdiri dekat setiap rak tu. Dia ikut kita tapi tak banyak soal. Takde la dekat sangat tapi boleh nampak kita cari apa-apa. Tengok aje. Bila kita ambil barang nak bayar baru diorang beredar. Atau kalau kita nak tanya sesuatu baru diorang dekat kat kita. Tak akan cakap apa-apa kat kita atau bersoal jawab, nak apa?nak apa? Ini caranya akan memberikan kesan psikologi yang baik untuk pelanggan..."
"Psikologi yang baik? Maksud encik?" sampuk Mat Pie.
"Yalah, kan, ia memberi peluang bagi pelanggan-pelanggan untuk lebih ruang dan peluang memilih barang apa yang hendak dibeli di kedai mereka. Kalau pekerja atau tuan kedai asyik ganggu pelanggan dengan soalan-soalan dan bercakap-cakap dengan pelanggan, boleh ke pelanggan bertahan macam tu. Tentu mereka akan bosan dan beredar tanpa membeli apa-apa. Bercakap-cakap tu pun dikira mengganggu juga kan? Kalaupun pelanggan masuk aje tak beli apa-apa bukan bermakna dia tak suka mungkin lain kali kalau dia teringat ada barang yang dia nak kat kedai kita dia akan datang semula, kan? Itu pun satu strategi." jelas Encik Zee lagi.
"Ooo, begitu ya?" hampir terlongo Mat Pie mendengar penjelasan itu.
Tuan Che tersenyum mendengar perkara tersebut sambil melihat telatah Mat Pie. Giginya terlihat putih, matanya terperip-terperip. "Ya, betul tu, kita mesti ada strategi dan teknik dalam berniaga. Mesti pandai ambil hati pelanggan dan jaga pelanggan. Bukan setakat ada modal aje dan nak berniaga. Faham tu Mat Pie?" kata Tuan Che.
"Heh, he..." Mat Pie tersengih sambil kepalanya terlentok mengerling Tuan Che.

"Masa aku dulu, teringat juga ada seorang peniaga Melayu ala mamak. Mukanya macam mamak. Kedai runcitnya dekat dengan sekolah. Aku pun lalu saja sambil tengok-tengok ke kedainya. Mana tahu kedai tu kedai Hardware ke, kedai runcit ke, kedai alatulis ke...boleh la aku singgah cari keperluan yang sesuai. Alih-alih dia punya tuan jeling semacam aje, macam kita orang jahat pulak." celah Encik Zee.
"Habis tu, apa pula..." sampuk Mat Pie.
"Habis tu aku pun tak jadi la singgah..." balas Encik Zee.
"Kedai tu masih ada ke sekarang?" tanya Tuan Che.
"Em, kedai tu ada cuma sudah bertukar tuan...dapat kat orang cina pula, saya sudah masuk kedai tu."
"Selepas bertukar tuan?"
"Ya, nampaknya tak seperti dulu, masa tuannya orang Melayu, nak masuk pun tak boleh. Apatah lagi tengok..."
"Ooo, begitu.." kata Mat Pie.
"Pelik sungguh orang Melayu berniaga..." kata Encik Zee lagi.
"Aku rasa tuan kedai dulu tu, keling kot?" agak Tuan Che.
"Agaknyalah.." kata Encik Zee sambil tersengih.

read more
Bismillahir rahmanir rahim...

Hamba pacar yang hina al-Faqir Fillah ingin menulis.
read more