0 comments

“Salah orang?”

Prinsip kaedah dakwah dalam arus pembangunan Malaysia world counts on you


Lihat salah sendiri barulah tahu kebaikan orang. Begitulah kata-kata hukama. Sebenarnya manusia tidak dapat lari dari kesalahan atau kesilapan. Bukan sesuatu yang menjadi kesengajaan jika ia tidak berniat untuk berbuat salah namun tersalah jua. Jika sebaliknya kita berbuat dengan sengaja barulah itu dikatakan salah kita atau dosa kita. Sesiapa jua yang berbuat salah atau dosa diberikan lagi peluang oleh Allah untuk menyatakan taubat atau kembali semula ke jalan sebenar. Jika diibaratkan bapa dan anak, semarah mana pun bapa kepada anaknya namun akhirnya tetap jua ia diterima. Begitulah Allah dan hambanya. Manusia diberikan akal begitu juga makhluk jin. Jin dan manusia diberikan akal dan diberi pertanggungjawaban terhadap urusan duniawi agar mereka berbuat kebajikan atau kemakmuran di muka bumi. Itulah maksud firman Allah dalam Al-Qur’an Al karim, “Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaku. Keampunan Allah tetap diberikan bagi hambanya yang ingin kembali kepada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Menerima Keampunan.

Manusia itu dijadikan asalnya baik. Dengan kasih sayang Allah. Ia dilahirkan suci seperti kain putih. Fitrah. Akhirnya ia dicorakkan oleh suasana dan keadaan persekitarannya. Jika baik dan soleh persekitarannya maka membesarlah ia dengan baik kekal suci. Sebaliknya jika persekitarannya buruk dan penuh noda maka ia membesar dengan keadaan itu sehingga terbawa-bawa menjadi perangainya. Wal-iyazu-billah.

Kita berkata bahawa ada orang baik dan ada orang jahat di mana-mana pun. Mungkin kita juga berkata orang di sini baik-baik belaka dan orang di sana jahat-jahat belaka. Pada pengamatan kita dan pengalaman bergaul dengan orang tertentu menjadikan kita berkata seperti itu. Cuma kita juga harus sedar bahawa tidak semua orang pada suatu tempat itu berperangai dengan satu perangai itu. Menurut rujukan dari kitab, bahawa Allah menjadikan satu tempat itu dengan beberapa jenis manusia. ada jenis baik, ada jenis jahat, ada jenis sederhana dan ada jenis lemah. Semua tempat di dunia mana pun begitu. Hatta pergilah ke Amerika atau Afrika sekalipun. Pergilah ke China atau India sekalipun kita akan menemui beberapa kelompok manusia yang berlainan ini. Jika kita sama dengan salah satu kelompok tersebut, kita akan jumpa jenis sama juga dengan kita walau ke mana jua kita pergi. Jika kita orang yang baik dan jujur, ke mana pun kita pergi maka kita akan berjumpa kawan yang jenis sama dengan kita. Begitulah sebaliknya kalau kita kaki itu dan kaki ini, kita akan jumpa kawan yang sekepala dengan kita di mana saja berada. Baik di negara kita atau di seluruh dunia.

Baik, sekalipun kita sebagai orang yang berdosa. Selagi mana kita masih berpegang dengan ajaran Islam dan tidak mensyirikkan Tuhan Maha Esa serta tidak menyembah selainnya. Insya Allah kita tetap diterima kembali ke rumah asal kita. Tempat yang kekal abadi, syurga bagi orang yang beriman. Selagi mana kita meyakini bahawa Allah dan ajaran nabi Muhammad benar. Ajaran Islam benar. Usahlah kita bimbang lagi kerana itulah satu-satunya tiket kita untuk masuk semula ke rumah asal kita “Syurga”. Namun jangan kita lupa kerana setiap kesalahan dan dosa kita dahulu perlu dibereskan sebelum kita masuk semula ke rumah itu. Tempat mencuci itu ialah “Neraka”.


Semua orang awam seperti kita –bukan wali atau sufi– perlu masuk ke tempat mencuci itu dahulu. Kita semua perlu masuk dahulu ke Neraka sehingga habis cuci segala dosa barulah diangkat dan dimasukkan ke Syurga. Hanya yang tinggal para nabi dan orang-orang yang diizinkan masuk terus tanpa Hisab ke Syurga sahaja yang tidak masuk Neraka. Setiap orang harus melalui Titian Sirat al-Mustaqim iaitu jalan yang menghubungkan Padang Mahsyar dan Syurga tetapi di bawahnya ialah lembah yang dalam seperti gaung menunggu di bawah. Di situlah kelihatan merah menyala tanda api Neraka sedang menanti sesiapa yang jatuh ke dalamnya. Maka orang yang melintas Titian itu ada yang berbagai keadaan. Ada yang pantas, lambat, terhoyong-hayang, tegak, sepantas kilat dan ada yang terus jatuh ke bawah gaung.

Setiap orang beriman dan Islam harus mendapat Syafaat nabi Muhammad dengan syarat tertentu iaitu orang yang mengucap selawat ke atas baginda SAW sewaktu di dunia. Mereka akan dikenali oleh nabi Muhammad melalui cahaya di wajahnya yang berseri-seri tandanya dia sentiasa berselawat ke atas baginda SAW. Mereka akan mendapat minuman dari telaga al-Kauthar.

Kemudian kita semua akan ditimbang amal baik dan buruk. Orang-orang yang berselawat sahaja akan ditolong dengan cara nabi Muhammad akan memberatkan timbangannya di bahagian pahala iaitu dengan cara meletakkan beberapa perkara milik baginda SAW ke atas Neraca timbangan itu. Jika sama maka dia boleh masuk Syurga.

Kita tidak boleh menuduh atau menyusahkan cara berdakwah kita pada orang dengan mengata-ngata keburukan sesama Muslim sendiri. Cara berdakwah ialah dengan mengajak dan menarik orang mendekati kita. Barulah dakwah itu boleh sampai. Sebaliknya dengan cara menghamburkan kata-kata kesat dan kasar akan menjauhkan mereka dari kita, jadi buat apalah kita menghabiskan airliur kita berdakwah. Lebih baik kita halau sahaja mereka. Jika kita melihat keburukan sesama Muslim sebaik-baiknya ialah kita perlu cuba menyembunyikan perkara itu. Sementelah pula didengar oleh orang yang bukan Islam, tentulah mereka akan memandang rendah martabat orang Islam kerana kejadian yang mengaibkan orang Islam sendiri. Orang bukan Islam walau bagaimana pun mereka berbuat baik mereka tetap ahli Neraka. Hanya kerana syirik pada Allah mereka ditolak segala kebaikannya. Jadi, di sini kita selalu mendengar laporan kononnya orang Islam begitu dan begini, gejala sosial dan jenayah menjadi isu utama di akhbar-akhbar dengan menonjolkan statistik kebobrokan orang Islam. Ini menambahkan lagi prasangka buruk orang bukan Islam terhadap agama Islam sendiri. Sungguh merugikan. Sedangkan orang-orang yang kufur dan tidak beriman sementelah lagi tidak akan mencium bau syurga. Mereka diagung-agungkan seolah-olah kononnya tidak bersalah atau lebih baik dari orang islam. Walhalnya, mereka sepatutnya dibiarkan saja dalam keadaan mereka itu berbuat maksiat kerana tiada gunanya mereka itu berbuat baik atau amal soleh sedang mereka akan tetap ke Neraka di akhirat nanti. Lihat sahaja para pelacur dari China saban hari ditangkap dan dibebaskan sedangkan pemerintah membiarkan saja orang islam menjadi ramai sebagai pelacur dan tukang urut di rumah urut. Kenapa ini berlaku? Kenapa mengambil berat hal orang kafir? Biarkan saja mereka itu asalkan kita menjaga orang islam dari terjerumus ke kancah hina itu. Kita menyusahkan diri kita menjaga hal orang lain dan tidak merasa terancam terhadap orang islam sendiri. Kenapa pula bila orang islam tidak menjaga Islam kita lihat pemerintah tidak menyibukkan diri tetapi bila orang bukan islam memuliakan Islam seperti membaca Al-Quran dan cuba memahaminya kita perhatikan pemerintah mulai sibuk menjaga tepi kain mereka kononnya berdosa dan menghina Islam. Tidakkah ini ganjil?

Kita mengenali Islam itu sendiri sangat mengambil berat pada umatnya. Islam mengajar kita menjadi insan yang taat dan soleh terhadap Tuhannya. Islam itu agama nasihat. Ia bukan menghadkan sesiapa tanpa bicara. Ia memberi peluang untuk semua insan baik yang sudah Islam atau yang belum, yang sudah alim atau yang masih jahil. Asalnya manusia itu baik kemudian ada perkara yang menyebabkan ia terjerumus ke lembah hina, Allah memberi peluang untuknya kali kedua. Pintu taubat masih terbuka dan hingga hari kematiannya. Manusia tidak lekang dari kesilapan tetapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Lambat laun manusia akan kembali semula ke pangkal jalan samada ia insaf atau mengetahui kebenarannya. Sebaiknya kita memberi peluang untuk saudara kita sesame Islam untuk bertaubat, janganlah dikata atau dicerca sebaiknya ialah mendoakan untuknya agar kembali semula ke pangkal jalan. Rasulullah telah berkata kepada sahabat-sahabat baginda ketika mereka memaki hamun seorang perempuan lacur setelah ia mati selepas dikenakan hukuman hudud, “Wahai sahabat-sahabat sekelian tahukah kalian yang perempuan ini telah diterima taubatnya oleh Allah? Jadi janganlah dikutuk ia bahkan doakan kebaikan untuknya.”


Kita percaya ada beberapa orang yang insaf setelah berdosa dan kembali bertaubat akhirnya ia menjadi lebih alim dan arif dalam agamanya berbanding orang lain yang sentiasa baik sebelum ini. Bahkan orang yang sudah sedia baik pun belum tentu lebih arif dalam agamanya. Ketika itu ia sudah belajar dan memahami al-Quran dan terjemahannya malah boleh mentafsirnya sedangkan orang yang mengaku baik sebelum ini pun tiada kelebihan tersebut. Berapa orang yang dulunya kafir selepas ia masuk Islam akhirnya kita dapati mereka mengajar pula agama Islam melebihi orang yang sudah Islam tapi masih tidak berkembang? Mereka mengkaji dan mempelajari Islam melalui pembacaan dan terjemahan isi kandungan al-Quran. Mereka bukan masuk Islam kerana mengikut orang Islam atau melihat tingkah laku umat Islam zaman kini. Jikalau demikian sudah tentulah mereka akan tetap kufur dan tidak masuk Islam langsung kerana perangai orang Islam sendiri tidak memberi contoh Islamik kepada mereka. Tetapi agama Islam adalah benar dan tetap benar sehingga tiada sesiapa menggugatnya walaupun ada yang mencuba berbuat begitu. Agama islam adalah agama yang benar, semakin kita atau mereka menafikannya semakin ia mengembang dan menyinarkan kebenarannya. Allah Maha Besar.

Oleh itu janganlah kita cuba dan mencuba untuk menyalahkan sesiapa tetapi lihatlah diri kita sendiri dahulu kerana setiap nasihat dalam Islam itu adalah untuk diri sendiri, renungkanlah diri kita bila mendapati sesuatu kebenaran itu dan bukan menuding jari pada orang lain. Saidina Omar Al Khattab pernah merasakan apa yang disabdakan oleh Rasul SAW berkenaan suatu kaum yang ditimpa azab itu adalah dirinya. Lalu dirinya merasa sedih dan menangis sendiri kerana terlalu takut dan meminta ampun pada Allah. Nah! Kita lihat di sini kenapa Saidina Omar tidak menuding jari kononnya orang itu begitu seperti hadis ini, pada orang lain bahkan melihat pada dirinya sendiri? Ya, itulah yang perlu dilakukan juga. Orang Islam lain perlu berbuat demikian juga. Islam itu adalah sebenarnya contoh untuk semua manusia. Bukan kerana dia nabi, sahabat nabi atau wali. Kita semua umatnya yang perlu mengikut contoh nabi dan sahabatnya bukankah nabi diutuskan sebagai contoh akhlak mulia?

Wallahualam bissawab.
read more
0 comments

Agama Samawi

Tidak keterlaluan jika kita berkata bahawa agama Kristian, Yahudi dan Islam boleh menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan kerana semuanya berasal dari Allah. Allah yang menurunkan kitabnya kepada nabi Musa, Daud, Isa dan Muhammad (s.a.w). Agama Samawi bermakna semua agama yang diturunkan wahyu oleh Allah kepada nabi-nabi mereka. Ketiga-tiga agama ini mengakui bahawa Allah itu Tuhan mereka. Kitab Yahudi ialah Taurat dan Zabur, kitab Kristian ialah Injil dan kitab al-Qur’an ialah kitab umat Islam.
Namun kitab-kitab itu telah diselewengkan atau ditolak mentah-mentah oleh umatnya sendiri kecuali al-Qur’an. Umat Islam ialah umat terakhir dan al-Qur’an terpelihara hingga hari Qiamat. Umat Islam inilah umat yang terakhir yang dijanjikan oleh Allah melalui rasul-Nya yang terakhir nabi Muhammad (s.a.w). Itu menjadikan umat Islam sebagai umat contoh akhir zaman di mana segala doktrin perundangan dunia berpandukan al-Qur’an sebagai perlembagaan yang paling selamat. Ia itulah “universal law” yang meliputi segala aspek kehidupan bukan saja dari segi kerohanian malah keseluruhan kegiatan hidup manusia secara lahiriah, adalah perlu kepada pengetahuan meluas meliputi dunia akhirat. Petunjuk Allah berdasarkan wahyu ilahi kepada hamba-Nya melalui rasul-rasul pilihan inilah penunjuk jalan kepada kehidupan yang hakiki. Ia membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat. Keduanya saling berkait rapat. Mana mungkin kiranya kita sebagai umat Islam merangkumi hidup dunia akhirat hanya memilih untuk hidup di dunia saja memungkiri pengembalian kita ke hadhirat Allah s.w.t di akhirat sana, ini mungkin melampau dari batas yang ditetapkan oleh Allah semata. Oleh kerana kita sebagai umat Islam tidak memungkiri kejadian langit dan bumi oleh Allah s.w.t makanya kita tidak memungkiri sekiranya Allah akan mengembalikannya semula ke hadapan Allah rabbul jalil di akhirat nanti. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengakui bahawa kita senantiasa memungkiri janji Allah bahawa kita akan kembali kepada-Nya. Maka oleh kerana kita juga lemah mana mungkin kita memungkiri akan kejadian kita dari kuasa Maha Kuat iaitu Allah.
Hakikat bahawa orang yahudi itu telah menyelewengkan kitab yang datang daripada Allah sudah lama diketahui memandangkan kitab lama itu tidak lagi menjadi rujukan mereka, malah mereka menggunakan kitab dari rekaan pendeta-pendeta mereka yang iri hati terhadap Allah yang ditulis dengan tangan mereka sendiri. Mereka mencari keuntungan duniawi yang sedikit iaitu mengangkat diri sebagai penguasa yang beroleh sokongan yang sedikit dari pengikutnya. Mereka dianggap sebagai dewa yang disembah dan diikuti. Kitab mereka yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-Nya Nabi Daud dan Nabi Musa iaitu kitab Zabur dan Kitab Taurat ditinggalkan tanpa dirujuk lagi. Kitab baru mereka kini ialah Talmud dan Kabbalah dari hasil hasad dengki mereka sendiri terhadap umat lain selain Bani Israel. Neraca kehidupan mereka sendiri bukan atas dasar kemuliaan bangsa malah dari atas tumpahan darah orang lain di bumi Allah ini. Mereka bukanlah bangsa yang mulia tetapi bangsa yang terhina. Mereka sudah mencipta dasar mereka sendiri berasaskan pemikiran manusia. Undang-undang mereka yang diciptakan bukan dari keredhaan Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Malah mereka menyalahi jalan Allah agar menghukum dengan hukum Allah yakni undang-undang Allah atau syariat. Syariat yang diturunkan oleh Allah bermakna itulah yang sepatutnya dijalankan berdasarkan beberapa perkara penting sebagai penganutnya. Oleh itu umat Israel atau Bani Israel ialah pelumpuh agama Allah di muka bumi yang mengajar menggunakan undang-undang buatan manusia yang berasaskan perasaan mereka sahaja yang bila-bila masa saja mereka boleh engkarinya. Mereka mencipta tuhan baru mereka yang dinamakan Yehovah (dalam latin) atau Yahweh (dalam Hebrew) iaitu tuhan khayalan mereka. Mereka menggelar diri sebagai Zionis.
Maka berdasarkan hukum akal mereka itulah terciptanya undang-undang sekular. Iaitu mereka menolak agama dari mencampuri urusan hidup manusia. Dengan kata lain mereka menidakkan acuan Allah atau juga penglibatan Allah dalam menghukum di dunia. Sedangkan Allah bebas dari sifat hasad dengki mereka itu. Padahal Allah yang menggubah segalanya dan Allah jua yang memberikan keizinan dalam sesuatu apa pun jua sehingga terjadinya mengikut kehendak-Nya. Tanpa Allah mana ada segala yang dinikmati oleh manusia akan tercapai hajatnya.
Umat Kristian telah mencelarukan sekian banyak kitab-kitab Injil yang asal. Bermula dari Paulus atau Paus yang menyamar sebagai penganut ajaran Nabi Isa alaihissalam yang asalnya dia seorang Yahudi yang berpakat dengan pendeta Yahudi. Akhirnya dia menemui salah seorang pengikut Nabi Isa bernama Barnaba. Golongan Hawariyun itulah yang memperkenalkan Paulus kepada Nabi Isa atau dalam bahasa Aram dikenali sebagai Yisha. Kemudiannya Nabi Isa diangkat ke langit dan pengikutnya iaitu golongan Hawariyun diburu oleh pendeta Yahudi dengan bantuan tentera Rom. Ini kerana ketika itu ialah zaman penjajahan Rom di Palestin. Akhirnya golongan Hawariyun ditangkap kerana Paulus membocorkan rahsia kedudukan mereka itu. Lalu mereka dijadikan korban Colloseum dalam acara perlawanan dengan binatang buas iaitu singa. Mereka semuanya mati dalam perlawanan itu kerana dibaham singa. Acara turun-temurun itu menjadi tontonan raja-raja Rom.
Maka senanglah bagi Paulus untuk menyesatkan agama asal dari ajaran Nabi Isa itu dengan mengubah ayat-ayat kitab Injil itu. Kitab-kitab asal itu akhirnya berubah kepada ajaran Paulus. Kecuali satu kitab yang tidak ditemui milik Barnaba, dengan takdir Allah ia masih tidak sempat diselewengkan ayatnya sehingga akhir hayat Paulus. Pada mulanya Paulus menyatakan dialah sebagai pengganti Nabi Isa dan Allah melantik dirinya sebagai Nabi. Raja Rom percaya perkara itu dan melantik Paulus menjadi penasihatnya. Namun akhirnya Paulus menyatakan pula bahawa dialah yang membawa Roh Suci dan Tuhan telah bersatu dengan dirinya yang mana dia patut disembah atau ditaati. Ketika itu tidak wujud istilah Trinity atau men‘tiga’kan tuhan. Sehingga ke abad 15 barulah wujud perkataan itu.
Orang Kristian secara langsung telah menyesatkan ajaran Allah dan menyelewengkan ajaran-Nya. Mana ada lagi pengakuan mereka terhadap Allah sebagai Tuhan malah mereka telah men‘tiga’kan tuhan, secara tidak langsung tiada lagi pengakuan bahawa tuhan ialah Allah. Mereka telah menciptakan tuhan mereka sendiri dan menyembah patung Jesus mengikut anggapan mereka, itulah Nabi Isa yang disalib. Mereka lebih mempercayai Rahib dan Paderi mereka lalu segala tutur kata mereka dianggap betul dari Tuhan atau ‘wahyu’. Ini membenarkan bahawa mereka menyembah Paderi mereka. Sedangkan mereka itu ialah manusia juga. Sehingga beberapa lama kemudian mereka memasukkan unsur-unsur menyembah berhala dalam ajaran Kristian iaitu menyembah patung Jesus dan Salib serta melambangkan dengan tangan mereka bentuk salib ke dada mereka.
Allah dalam ajaran Yahudi dan Kristian di Barat sudah tidak sinonim lagi kecuali di Timur Tengah dalam bangsa Arab yang beragama Kristian dan Yahudi yang sejak dari zaman berzaman. Sehingga pada zaman Nabi Muhammad diutuskan juga mereka masih menggunakan nama Allah sebagai Tuhan. Ketika itu tidak muncul lagi istilah ‘Tiga Tuhan’ iaitu Tuhan Bapa (father), Tuhan Anak (son) dan Rohul Qudus. Ini dikira menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain yang tidak berkaitan dengan ALLAH. Sedangkan Allah itu dimuliakan dalam Islam sebagai Zat Yang Maha Kuasa satu-satunya.
Al-Qur’an menyebutkan “Qul huw-Allah-hu ahad…”, yakni “katakan (wahai Muhammad) Dia-lah Allah Yang Maha Esa”. Ini bermakna Islam telah menekankan bahawa Allah ialah satu-satunya tiada dua atau tiga dalam kepercayaannya. Allah ialah Zat yang tiada tolok bandingnya yang mana tiada sesuatu boleh dipersaingkan dengan-Nya. Dia tidak diperanakkan dan Dia tidak ada anak. Atau boleh dikatakan Dia bukan bapa sesiapa dan Dia bukan anak sesiapa. Ini bermakna Islam mensucikan-Nya dalam penyembahan dan pengabdian jauh dari mencampur-adukkan kuasa-Nya dengan sesuatu yang remeh dan lemah yang boleh menghina kewibawaan Allah sebagai Tuhan.
Maka satu-satunya agama yang tidak menyelewengkan ajaran Allah ialah Islam hingga akhir zaman.
Jika ada mana-mana orang yang berkata Islam tidak sesuai dengan zaman ini maka sayugia memperkirakan dirinya sebagai golongan mana samada Yahudi atau Nasara.
Penjajah telah merasukkan ajaran Yahudi dan Nasarani dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Samada yang berasaskan politik atau ekonomi. Hatta dalam bidang pendidikan pun mahu dirasuknya. Baiknya ialah ia tidak merasuk sistem kekeluargaan Islam di Malaysia, ketika itu Tanah Melayu. Jadi dalam bidang politik dan undang-undang ialah sekular yang berasaskan pemikiran manusia, yang mana mengambil kira tindakan Yahudi memisahkan agama dari kehidupan yakni mengecualikan Tuhan dari segenap segi hidup manusia. Penjajah Inggeris membawa bersama mereka satu undang-undang baru yang dinamakan undang-undang sivil, secara mudahnya ialah undang-undang ciptaan manusia yang dicaturkan oleh Yahudi atau Zionis. Walaupun penjajah Inggeris beragama Kristian, ini tidak menghairankan sekiranya Kristian menjadi pak turut atau kuli Yahudi. Hakikatnya mereka bersatu dalam “Perang Salib” untuk menghancurkan Islam atau agama Allah yang sebenar. Mereka melantik residen Inggeris bagi menasihati raja-raja Melayu agar menukar dari menggunakan Hukum Syariat. Mereka memaksa raja-raja Melayu menggunakan undang-undang sivil tanpa kerelaan hati. Sewenang-wenangnya mereka telah memperlakukan undang-undang Islam yang selama ini mejadi darah daging orang Melayu Islam ketika itu sebagai tidak sesuai. Tidak hairanlah ketika ini jika ada orang Islam Melayu yang mengatakan bahawa Islam tidak sesuai, hasil dari pengaruh tersebut. Akhirnya mereka telah beralih kepada menggunakan perlembagaan Barat atau undang-undang ciptaan manusia dalam segenap segi hidup mereka lalu menolak Islam sebagai undang-undang. Mereka sudah tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah padahal mereka mengaku sebagai pemerintah beragama Islam ketika ini. Setelah penjajah meninggalkan tanahair ini mereka masih lagi meninggalkan kesan-kesan dan saki baki itu dengan menyatukan orang Melayu dalam satu parti yang diciptakan penjajah.
Walhasil, kesimpulannya ialah Yahudi atau Zionis sebagai kepala dan dalang semua ini, Kristian atau Nasarani hanyalah kuli dan konco-konco sahaja. Mereka mempengaruhi manusia agar menolak hukum Allah dan menggunakan undang-undang ciptaan mereka sendiri berdasarkan kehendak nafsu mereka. Ini semua adalah untuk kekuasaan dan mengaut kekayaan duniawi semata-mata.
read more
0 comments

“Mana Agama? Mana Budaya Melayu?"

world counts on you

 Islam agama yang dijulang. Ia menjulang dan tidak ada yang dapat menandinginya. Berpegang pada agama Islam bukan bermakna kolot bahkan ia berdaya maju dari segi pemikiran. Bukan bermakna ajaran Islam menolak adat Melayu tetapi mana-mana yang tak sesuai itu perlu merujuk Islam. Janganlah menjadi seperti kata-kata ini, “Duk ikut hak tak betol, Melayu hak tak betol”. Kebanyakan yang tidak mahu memperjuangkan hak Islam hanya memperjuangkan hak Melayu nampaknya seperti terlalu jauh dari landasan Islam dan melampau dalam tingkah laku. Bahkan bukan berasaskan akhlak Islami yang diredhai Allah malahan mengengkari ajaran-Nya. Tidak perlulah adat Melayu sampai membuang agama. Kata pepatah Melayu, “Biar mati anak, jangan mati adat” terlalu rapat dengan kehidupan Melayu. Kalau adat yang baik diteruskan, Islam tidak melarang tetapi ada adat yang tidak betul yang jauh dari keredhaan Allah, mengikut prasangka perasaan semata perlulah ditolak.

Bak kata ahli hikmah, Islam berdasarkan wahyu bukan berdasarkan akal. Berbeza dengan adat yang datang dari Melayu itu yang menurut pemikiran bangsa adalah berdasarkan akal sahaja. Tidak semua yang menurut akal itu betul. Wahyulah yang menyelamatkan manusia dan seluruh jagat maya ini. Kedamaian dan ketenangan jiwa manusia kerana mengikut ajaran wahyu Ilahi mengatasi kelebihan adat semata. Bangsa-bangsa, suku-sakat dan kaum-kaum hanyalah menyebabkan perpecahan di dunia namun Islam menghormati semuanya. Jika mengikut lunas Islami maka selamat dan bersatulah semua bangsa di dunia atas dasar hati. Kerana Islam itu mengajar ketauhidan yang mengabdikan sepenuh hati pada Tuhan Maha Esa. Maka manusia akan bersatu di atas kesatuan hati menyembah Tuhan Maha Esa dan berkiblat yang satu. Itulah perpaduan sejati. Ia perlu menjadi kebiasaan seterusnya bersatu menjadi adat semua umat islam.


Jika hanya mengikut hawa nafsu semata sudah tentulah dengki-mendengki, hina-menghina dan pecah-memecah di antara manusia berlaku. Ini diharamkan di sisi Islam. Islam menghalang semua perkara yang menyebabkan perpecahan umat manusia apatah lagi yang merosakkan alam ini.

Fahaman kebangsaan memecahbelahkan antara bangsa dan menggalakkan permusuhan. Ini bertentangan dengan kehendak Allah swt. Umat Islam tidak dikira di atas bangsa, warna kulit, bahasa, budaya atau warna rambut tetapi berdasarkan hati yang berteraskan taqwa kepada Allah. Allah melihat pada hati. Orang yang paling diredhai Allah ialah orang yang paling taqwa di sisinya di antara manusia. Wallahu a’lam.
read more