0 comments

“Awan Yang Tersurat”

world counts on you


Pada tahun 90’an beberapa orang kawan sibuk bercakap tentang suatu perkara yang ganjil. Seseorang telah pun memberitahu sebelum ini berkenaan kejadian awan berubah bentuk. Kali ini ia berlaku lagi tapi di depan mata beberapa orang kawan sendiri. Pada sebelah malam, hari tersebut iaitu hari Khamis. Ini bermakna ia malam Jumaat. Aku pula tertidur selepas berbual di beranda asrama pada pukul 11.55 malam. Semua orang kena masuk tidur tepat jam 12.00 malam. Peraturan asrama memang begitu. Mungkin agaknya mereka bangun semula pukul 12.00 malam dan terus ke beranda untuk menanti kejadian aneh tersebut. Ketika itulah kata mereka, ternampak kejadian ‘Awan Bertukar Bentuk’. Setiap dari bentuk itu mengambil masa 2-5 minit untuk berubah ke bentuk yang lain. Aku percaya kini ia adalah salah satu dari tanda/alamat pada masa depan, iaitu di masa kita ini. Kejadian tersebut terlebih dahulu berlaku secara tersurat dan kini ia memberi makna yang tersirat di sebalik ‘awan’ itu. Rentetannya juga bertertib mengikut kejadian sepertimana ia berlaku kini di zaman kita ini. Ia telah tersurat dan akan berlaku lagi atau sedang berlaku. Di antara yang telah berlaku seperti berikut :

1- Awan berbentuk kalimah Allah (huruf arab). – Allah adalah segalanya.

2- Rupa manusia?/mata sebelah. – angkara perancangan Dajjal serta kuncunya.

3- Dacing senget. – ketidakadilan parti pemerintah di Malaysia.

4- Janin dalam perut. – berleluasa anak zina/luar nikah.

5- Bayi menangis. – gejala buang anak di Malaysia.

6- Pisau/senjata menikam perut. – kes bunuh di Malaysia.

7- Pedang. – jihad umat Islam.

8- Rupa lebai/tok guru berserban sedang berdoa. – kemenangan ulama berkuasa di Malaysia.

9- Peta singapura di atas peta Malaysia. – kemenangan berpihak pada Singapura.

10- Peta Malaysia di atas peta Singapura. – kemenangan Malaysia ke atas Singapura.

Ini antaranya yang menunjukkan kejadian yang terjadi di atas bumi Malaysia sendiri. Ia berlaku di langit Malaysia. Penulis tidak tahulah mengapa tetapi yang dapat difahami di sini ialah semuanya hanya Allah Yang Maha Tahu. Itulah sahaja yang dapat dicatatkan di sini mungkin ada rujukan lain yang berbentuk buku-buku yang ditulis oleh penulis lain di kedai-kedai buku. Mungkin sekarang penulis tidak temuinya lagi dan anda pernah temuinya, membacanya? Silalah berikan komen atau pembetulan untuk tulisan seterusnya.
read more
0 comments

40 atau 2012?

world counts on you

Ulama warisan anbiya’ tapi bukan itu yang ingin dibincangkan. Menurut kepercayaan orang-orang Nasrani bahawa dari kitab mereka ada pengetahuan tentang ramalan satu tahun/zaman di mana tidak akan ada sukatan bagi masa samada hari/bulan/tahun. Makanya, setelah diselidiki tentang hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan suatu waktu tertentu di akhir zaman yang tidak dinyatakan samada hari/bulan/tahun seperti contohnya hadis akhir zaman – hanya dinyatakan bilangan 40 saja…Rasulullah pun berhenti setakat itu. Lalu para sahabat tertanya-tanya sendiri dan menambahkan kenyataan “aku tidak tahu samada 40 hari atau bulan atau tahun.”



Menurut kiraan dari ramalan kepercayaan Nasrani pula tahun atau zaman yang disebut-sebut itu ialah 2012M. di dalam al-Quran pula ada juzuk-juzuk dan surah-surah tertentu berkenaan akhir zaman yang ada angka bilangan yang apabila dicampur atau ditolak akan memberikan jumlah yang menakjubkan para pengkaji. Salah satunya ialah jumlah 2012 yang merujuk sebagai kiraan tahun. Menurut para pengkaji ini pula bahawa bermula dari 2012M akan luput atau berakhirlah era penggunaan sukatan bagi masa. Tidak kira detik, saat, minit, jam, hari bulan atau tahun. Apatah lagi dekad, dasawarsa atau kurun. Maka tentulah tidak dapat dikira atau dipastikan ketika mana berlaku sesuatu kejadian lagi. Hanya secara umum sahaja dengan kiraan atau bilangan angka contohnya 40. Sekiranya dajjal memerintah selama 40 atau nabi isa dan imam mahdi memerintah selama 40 maka begitulah secara umumnya dicatat. Tidak pasti hari, bulan, tahun atau kurun sementelah pula minit, saat dan jam tidak lagi digunakan. Wallahua’lam.
Menurut kajian ini lagi (mengikut kepercayaan ahli kitab) orang-orang yang memerintah bumi waktu itu dikenali dengan istilah Indigo dan Kristal. Maka golongan Indigo dan Kristal inilah kebanyakannya wujud sebagai golongan spiritual. Spiritual atau kerohanian adalah sebahagian dari pengajaran agama. Agama yang kuat menekankan aspek spiritual atau kerohanian dalam hidup serta menjadikannya satu cara hidup ialah syariat Islam. Pada pendapat penulis, golongan agama yang memerintah bumi ketika itu boleh diertikan sebagai menerapkan unsur-unsur Islam dalam setiap tingkah laku dan bidang kehidupan. Samada sosio-budaya, ekonomi, politik, pendidikan dan ketuhanan. Maka ketika itulah golongan ini mendapat pertolongan dari Allah atau bantuan dari langit.



(Menurut kepercayaan ahli kitab) Mereka ini digelar Kristal kerana mempunyai tahap tertinggi jasmani dan rohani, manakala Indigo pula ialah orang yang mempunyai keistimewaan tingkahlaku yang menakjubkan sebagai permulaan Kristal. Mereka saling membantu dan membangunkan akidah kepada Allah. Walau pun mereka digelar dalam istilah Islam sebagai “karamah” tetapi bukan itu tujuan mereka. Bukanlah tujuan mereka untuk memerintah dengan menggunakan karamah itu, tetapi ia diberikan oleh Allah sebagai kelebihan orang bertaqwa. Mereka memerintah dengan izin Allah jua. Allah mengangkat darjat orang-orang yang bertaqwa dengan memberikan mereka kepimpinan. Bukankah firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya bumi itu diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”. Para nabi ialah contoh pemimpin yang bertaqwa. Sedarkah kita Allah mengangkat para nabiNya sebagai raja dan pemimpin? Contohnya nabi Adam, Yusuf, Daud, Sulaiman, ZulQarnain, Samson dan Nabi Muhamad s.a.w. Ramai lagi contoh lain tidak dinyatakan di sini.

 
Janganlah kerana dakyah kufur (Yahudi dan Nasrani) untuk merancang penyesatan umat manusia secara besar-besaran maka kita terlupa bahawa ajaran Islam telah cukup lengkap segalanya tanpa pertikai lagi. Sesungguhnya mereka itu musuh-musuh Allah dan agama Islam selagi mereka tidak melihat orang-orang Islam mengikut mereka sehingga ke lubang biawak pasti mereka tidak akan senang. Sekian. Wallahua’lam.
read more
0 comments

Akal II

Akal diciptakan oleh Allah. Kecerdasan minda dikaitkan dengan kecerdasan akal. Di mana ia bergantung pada tahap yang berbeza bagi setiap manusia. Kadangkala kita dapati si A lebih cerdas akalnya dari si B. Kemungkinan tahap keintelektualan pun berbeza kerana akal juga. Ada orang yang hebat bijak menyelesaikan sesuatu masalah, contohnya Matematik. Sehingga kanak-kanak yang berumur bawah 10 tahun pun dapat menyelesaikan masalah matematik yang rumit. Ini berkait rapat dengan istilah ‘tahap genius’. Kanak-kanak yang genius dapat melakukan sesuatu atau berfikir secara kreatif yang melebihi usia sebenar mereka. Akal berbeza tahap geniusnya. Ini menunjukkan tahap seseorang dengan seseorang yang lain boleh diukur dengan berdasarkan pada kegeniusan seseorang itu. Akal yang genius ini mungkin daripada warisan genetic atau dilatih oleh ibubapa semenjak bayi belum lahir, contohnya pengamalan makanan yang berkhasiat, seimbang dan terkandung nutrient tertentu. Ada juga yang mengamalkan amalan-amalan tertentu yang menyebabkan anak-anak yang masih berada dalam kandungan dapat warisi keadaan tersebut. Seperti membuat latihan matematik, menelaah bidang ilmiah dan menghafaz al-Quran sehingga ia dapat mempengaruhi tumbesaran dan minda janin. Ini dapat dilihat melalui kajian-kajian ilmiah sarjana-sarjana Muslim terdahulu yang lampau atau sarjana-sarjana barat moden (yang mengakuinya hasil kajian terkini) bahawa amalan ibubapa dapat mempengaruhi janin dan tingkahlakunya.



Ini juga bermakna bahawa Allah menjadikan akal itu mempunyai tahap perbezaan jasmani / lahiriah mengikut tahap pembinaan diri / syakhsiah manusia itu sendiri. Keluarga yang mempunyai ibubapa yang mengambil berat pendidikan agama khususnya Islam melahirkan anak yang soleh dan cerdas akal. Persekitaran tumbesaran bayi juga mempengaruhinya. Sebaliknya keluarga yang tinggal dalam persekitaran yang jahil dan tiada amalan agama akan meninggalkan kesan yang buruk pada bayi. Tumbesaran dan pembinaan syakhsiahnya juga akan melemahkan akal atau tahap kecerdasannya. Genius adalah berkait rapat dengan genetic atau ‘benihbaka’. Tahap genius akal boleh diwarisi tetapi iman tak dapat diwarisi. Sebijak manapun manusia harus juga kembali pada agama atau iman kepada Allah. Dialah yang Maha menciptakan. Itu semua adalah sedikit dari kebijaksanaan Allah jua.
read more