2 comments

Bulan dan Bumi Dipancar Mentari


Parti Bumi telah menegaskan bahawa mereka tidak perlu pada Parti Bulan kerana mereka menyangka Bumi telah cukup dengan hasil mahsul dan kekayaan kebendaannya. Mereka mendakwa kekayaan milik mereka hasil dari kemajuan pemikiran yang telah ditinggalkan manusia dari barat dengan fahaman bangsa-bangsa dan perjuangan agama suku dan politik suku itu sudah cukup. Fahaman Agama selamat sudah ketinggalan dan hanya sesuai zaman rasul saja. Agama kolot. Itu faham mereka. Bumi memang mahu duniawi saja. Bulan hanya di langit. Berada di langit dan tidak boleh campurtangan urusan hal ehwal Bumi. Bumi hanya sekitar bumi sampai udarakasa bumi saja. Habis tinggi pun setakat puncak gunung saja. Itu hakikatnya.

Dakwaan Bumi itu disangkal oleh Bulan dengan katanya, bagaimana kalau penduduk bumi juga perlukan bulan dan mereka bercita-cita untuk pergi ke bulan. Menjejakkan kaki ke bulan satu impian besar dan mengembara di angkasa melepasi udarakasa bumi. Kononnya mereka berbangga dapat hantar angkasawan. Ini satu hakikat juga. Jangan pula Parti Bumi menolak kenyataan ini! Pemimpin Parti Bulan berbicara bahawa bumi juga tidak boleh tidak semestinya juga diterangi cahaya bulan. Kalau tidak mereka akan kegelapan tanpa arah. Ini akan menyusahkan penduduk kerana siang dan malam silih berganti. Bulan akan menerangi penduduk bumi walaupun tidak diakui oleh sesetengah penduduk yang angkuh dan sombong sementelah pemimpin mereka dari Parti Bumi tidak memberi kebenaran untuk mendengar kebenaran dan menyuarakannya. Tidak dinafikan ada yang berbuat demikian (mendengar dan bersuara) namun akhirnya mereka disita dan dihukum tanpa bicara. Adilkah? Tinggallah mereka dalam kebodohan dan menerima saja sebagai pak turut. Kata pemimpin Parti Bumi lagi Bulan tidak berhak mendapatkan pengaruh ke atas hasil bumi dan Bulan tak maju kerana mustahil ada orang hidup di sana. Namun menjawab tuduhan itu pemimpin Parti Bulan berkata, walaupun bulan tidak ada apa-apa hasil mahsul tetapi cukuplah dengan penerangan cahaya kerana cahaya bulanlah ada pasang surut air dan sebagainya. Banyak lagi pengaruh bulan ke atas bumi pada kehidupan manusia, bukan takat fahaman materi dan bangsa-bangsa sahaja.
Pemimpin Parti Bulan berbicara lagi, bahawa pemahaman kebangsaan dapat menyelamatkan institusi kemanusiaan adalah tidak tepat walaupun adakalanya contoh di barat telah menunjukkan kemajuan dari segi kemodenan dan had-harinya itu. Ianya adalah suatu hujah yang dangkal! Kerana manusia setiap tempat tidak sama hukumannya dan tidak sama keadaan hidupnya serta tidak sama budayanya. Manakan sama kalau diterapkan hukuman dan undang-undang barat di timur. Lagi pula timur punya adab dan budaya sosial yang berbeza. Undang-undang barat dan hukumannya akan menyebabkan manusia di timur sini hancur dan memberontak.
Kehancuran sosial sering diperkatakan namun pemimpin Parti Bumi seringkali mendabik dada dan menggalakkan lagi di samping menyalahkannya pada pihak lain. Ini tidak relevan! Di samping kerana Parti Bumi telah menerapkan pemikiran baru pada anak-anak muda (ada yang fanatik) lalu mereka menyuarakan sokongan dan menguasai peratus undi di bumi menyebabkan Parti Bulan sentiasa tewas maka menfatwalah para pendeta dan ahli ilmu; tewas bukan bererti salah atau tidak benar. Menang bukan bererti benar atau tidak salah. Mereka telah berpegang pada perjuangan Jihad.
Berbicara pula pemimpin Parti Bumi, perjuangan kebangsaan tidak salah kerana ia tidak extreme/ganas lantas menafikan bahawa Jihad boleh masuk syurga dan menyamakan Jihad dan orang-orangnya sebagai pengganas. Parti Bulan pula menyatakan Jihadnya hanya ketika dizalimi dan setiap orang yang dizalimi wajib mempertahankan diri, keluarga, negara dan agama. Tanpanya siapalah diri yang dianiaya di mana di sisi nilai kemanusiaan tiada, maruah akan tergadai.
Parti Bumi mempertikaikan Parti Bulan sebagai berjuang atas nama Tuhan. Lalu sembah Parti Bulan bahawa ia mengambil sempena bulan dengan bentuknya dan warnanya melambangkan Keesaan Tuhan, ketaatan pada agama Tuhan dan kesatuan umat pada Tuhan. Bulat melambangkan bahawa tiada hujung dan tiada pangkal. Yakni melambangkan Tuhan tiada awal dan tiada akhir. Tuhan kekal. Bulat itu juga adalah kesatuan. Yakni menyembah satu Tuhan. Insan akan bersatu hati. Putih ialah suci nan fitrah warna islam. Hijau sebagai ajaran Islam bahawa syurga dipenuhi pepohonan hijau nan redup. Manusia akan kembali ke syurga. Jadi hijau ialah warna syurga. Ini bermakna mengajak manusia agar mengamalkan ajaran agama dan menyelamatkan mereka ke syurga. Bukan hanya hidup materi di bumi dan mati dikambus dalam bumi sahaja.
Bulan diumpamakan sebagai hati. Bulan menyinari cahaya. Ibarat hati menyinari lantunan cahaya Nur Ilahi. Nur yang dilantunkan dari sumber yang berdiri sendiri. Ilahi. Cahaya Mentari sebagai sumber asli yang memancarkan cahaya sendiri. Diumpamakan sebagai sumber Ilahi. Jadi bulan tidak berdiri sendiri kerana ia memerlukan pancaran cahaya dari mentari untuk menyinar dan melantunkan cahaya itu ke bumi memberi petunjuk dan penerangan pada manusia dan penduduk bumi. Ibarat hati yang tidak boleh menyinari sendiri melainkan dengan pancaran Nur dari Ilahi. Sebagai petunjuk dan penerangan pada manusia yang tidak dapat berdiri sendiri. Barulah selamat seluruh Bumi dan penduduknya.

Begitulah kaitan Bulan dan Bumi.
Wallahualam.




world counts on you
read more
0 comments

KEMALA BUMIKU


Bumiku Bumi subur.

Rumputan kering
Dedaunan gugur melitupi
Di atas rumputan yang kehijauan
Tenang aku melihatnya

Liuk lentok berguguran
Ditiup angin
Pohon-pohon yang melambai

Menghijau menenangkan

Bukit bukau, gunung ganang,

Indah semuanya

Daun gugur menyelimuti rumputan

Di bawah pohonan rimbun berderetan

Dibelakangi perbukitan

Pergunungan indah

Bumiku subur

Melihatmu tenang

Memikirmu syahdu

Kau adalah kuasa Tuhan Maha Pengasih

Indahmu kejadian Tuhan

Daunmu melambai-lambai

Rumputan tinggi subur

Ditiup sang bayu

Gunung-gunung tinggi memukau

pandangan dari kejauhan

berbalam mengalun berentak

seolah bisa membuai fikiran

ku yang resah.

Pepohon hijau dan kering

Berbagai bentuk dan rupa

Bercabang mencawang

Jajaran pohonmu

Tersusun teratur tanpa

Campur tangan manusia

Tumbuh semulajadi

Tanda kuasa Tuhan

Maha Memberi Rahmat.



world counts on you
read more