0 comments

Makanan dan Perangai Manusia














Saya rasa sekarang ni banyak sangat makanan yang dicampurkan bahan kimia. Lagipun, kalau kita biasa ke kedai banyak makanan ringan yang dijual dalam kampit bersalut aluminium...agaknya untuk menahan haba agar tahan lama.


Zaujah semalam ada komen tentang makanan halal dan haram dalam Islam, ia dimuatkan dalam emelnya. Zaujah minta saya baca dan sebarkan. Memang betul artikel pasal senarai makanan dan barangan yang haram dimakan atau diguna oleh orang Islam. Apa dah jadi dengan orang Islam sekarang ni....diorang dah tak kesah nak makan apa...kalau tak sedar kata haram tentu diorang makan dan guna je. Cuma agaknya diorang rasa dalam banyak-banyak makanan, makanan segera lah yang jadi rebutan. Sedap...agaknya...kalau dah kena penyakit, hm...jawabnya Hospital...


Saya terbaca dalam artikel lain pula, ya la...tentang musuh-musuh Islam yang cuba nak menghancurkan Islam melalui membekalkan makanan ala barat kepada orang Islam. Resepi dan ramuan mereka tetap sediakan walaupun francaisnya di negara orang Islam. Macam-macam dicampurkan dalam ramuan itu termasuk bahan-bahan larangan yang akan merosakkan tubuh badan yang mengambil masa lama untuk bertindak....ia ibarat toksik. Bila berkumpul dalam badan manusia ia akan merosakkan atau membantutkan perkembangan sel-sel badan manusia. Tentulah orang Islam yang kena, kalau orang bukan Islam pun yang makan diorang akan kena juga, sebab diorang pun manusia. Ya, bagi saya kalau nak banyak keuntungan dalam perniagaan tentulah menggunakan barangan dan bahan yang murah bagi menghasilkannya dan jual pula dengan harga yang mahal. Jenama-jenama yang tertentu dari barat, semuanya agak mahal dan agak standard... hmmm. Setahu saya orang-orang yahudi memang menjadi tokeh besar dalam hal jenama dunia. Almaklum, ekonomi dunia diorang yang pegang. Mereka menjaga kualiti dan mutu supaya orang berpuashati dan tidak mencari yang lain. Memang mereka bijak dalam mencari pelanggan, pelanggan adalah yang pertama, bukan keredhaan Allah. Baik kita ingat kerana kita orang Islam, Allah diutamakan dan ikhlas menjadi inspirasi kita dalam beribadah hatta tak kiralah apa jua bentuk pekerjaan sekalipun. Diorang pulak bukan mencari keredhaan Allah, tapi dunia menjadi sebab bagi mereka.



Hal makanan menjadi kontroversi sebab makanan lah punca penyakit. Perangai pun berubah ikut makanan. Kalau makanan halal pula kita akan dapat kesan baik dan kalau diperhatikan sekalipun binatang-binatang sembelihan orang Islam dari jenis jinak dan boleh dipelihara seperti lembu, kerbau dan unta; tak kiralah ayam ke itik ke asalkan bukan b*b*.


Rahsia ini menjadi tarikan utama golongan yang ingin mengaut keuntungan, makanan adalah dititikberatkan oleh Islam, hatta Islam mengajarkan bahawa memilih makanan yang halal itu ibadah, makan dari yang halal, cari yang halal, beli menggunakan harta yang halal dan gunakan ke arah yang halal. Lihatlah hasil dari menggunakan segala bentuk mahsul yang diperolehi dari yang haram. Samada tingkahlaku, perangai atau tabiat kecenderongan. Contohnya, orang yang memang suka mencuri, sekali dia makan dari hasil curiannya maka dia kan terkesan dan ingin mencuri lagi. Begitu jua orang yang makanannya dari hasil rasuah, riba dan kegiatan haram yang lain; pastinya mereka akan cenderong untuk mengulangi perkara tersebut malah lebih banyak dan besar lagi dari sebelumnya. Waliyazubillah. Jika disiasat penyakit-penyakit yang lahir dari tubuh badan orang-orang seperti ini, maka akan terbongkarlah bahawa mereka pernah mengumpulkan harta melalui jalan yang salah...wallahualam. Begitu jua, jika kita teliti anak-anak yang perangainya susah untuk diajar, liar dan bergejala sosial, didapati ibubapanya adalah memperolehi rezki dari hasil yang haram, waliyazubillah.


 
Saya juga sering melihat rakan-rakan dari agama yang berlainan khasnya cina yang suka makan babi. Apa yang menarik saya dapati perangai mereka jua ada hampir-hampir dengan perangai haiwan itu. Terutama bab sembrono, macam degil saja bila berjalan, terus saja rempuh.


Alhasil, maka tatkala kita mengetahui akan muslihat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dengan cara mengabui mata kita dengan menguasai pasaran makanan, tak kiralah makanan segera atau makanan tak segera. Hendaklah kita menghindari seboleh-bolehnya dari mendekati makanan itu. Lagipun makanan yang organik dahulu dianggap remeh sekarang sudah mahal pula. Kita bangsa Melayu memang menitik beratkan keaslian samada hasil ladang atau ternakan, tapi sekarang apa dah jadi...nak ikut peredaran zaman kot. teringat pula saya pada lembu, ayam dan kambing nenek kat kampung. Mana ada cucuk-cucuk pun. Makanannya sisa-sisa yang kita makan ataupun rumput di padang aje. Alhamdulillah takde sakit-sakit pun asal jangan makan harta orang lain punya.







world counts on you
read more
0 comments

Filem dan Sastera


Para pengarang sastera... impian untuk menjadi pengarang skrip drama... bilakah akan muculnya satu drama atau filem yang memberikan kesan baik bagi khalayak. Selamat tinggal untuk filem atau konon drama bernilai sastera... sastera yang dimaksudkan hanya apabila memberikan kesan yang baik untuk persuratan. Persuratan akan lahir jika ianya berteraskan Islam.
Saya berpendapat, kita selama ini disogokkan hanya dengan perca-perca tiruan dari barat yang entah ya entah tidak menjadi. Kita meresahkan minda dengan filem dan cerita yang kelam, tiada motif, pengajaran mahupun wacana. Sama seperti novel-novel yang tiada wacana, popular dengan kisah cintan cintun dan mengheret pembaca khasnya remaja ke arah kecelaruan.
Di mana diam-diam Melayu ketinggalan dari segi sastera Pandang dan Dengar (Filem/Drama/Pentas), dari segi muzik dan bahasa sendiri. Kita kesal kerana ada unsur-unsur musuh dalam selimut dari luar yang meresap masuk dan dibenarkan pula oleh pemerintah yang tak segan silu atau tak sedar diri membuka ruang ke arah kerosakan tapi tidak mahu membantu ke arah membaiki memartabatkannya. Kesal sungguh. Artis-artis tak sedar diri, filem pun dah tak sedar lagi tidak menyedarkan. Maaf!
Bila lihat orang lain mula melakukan sesuatu yang mencabar maruah kita contohnya 'Queen of Langkasuka'... barulah ada yang naik sheh! Nasib baik ada, dulu kalau Datuk Jins sendiri nak buat filem tentang perjuangan Ngah Ibrahim, hatta kerajaan (Hidup Melayu! ..kononnya..) pun tak boleh nak tolong ke arah itu. Sedih, saya simpati Datuk! "Kalau saya ada dana berjuta-juta insya Allah saya akan menggalakkan penerbitan filem itu." bisik hati saya. Namun siapa yang sedar tentang sejarah bangsa dan tanah air kita, hanya semata-mata kerana Ngah Ibrahim juga seorang Muslim yang sufi? Kaya? Bijak? Berjihad terhadap penjajah? Maka tiada seorang pun hatta pemimpin Melayu - yang selama ini mendabik dada menyeru perpaduan - yang datang berlaung memberi bantuan. Wallahualam.


world counts on you
read more
0 comments

Terang Bulan di Bumi


Semalam, selepas habis keputusan pilihanraya, pakcik Seli yang memang gemar berceloteh dengan anak-anaknya pasal apa saja, tiba-tiba mengeluarkan kenyataan pasal kekalahan parti bumi yang dipegangnya. Memang dia itu kuat parti, tapi parti lawan iaitu parti bulan tetap tidak ditolaknya. Namun malam itu selepas makan jam 8 malam. Dia telah membuka bicara pasal tak puashati partinya kalah. Katanya kalau parti bulan memerintah tentulah golongan ustaz yang memerintah. Kalau golongan ustaz memerintah nanti kenalah bersatu dengan parti roket, dan parti mata sabit, macam ini payahlah sebab parti roket orang mata sepet belaka, kapir lepas tu harbi pula. Nanti kalau nak sunat orang kena minta dengan orang mata sepet sebab orang mata sepet ramai, susah nak buat islam. Pakcik Seli memang jeles ngan parti bulan yang asyik menang aja berturut-turut di kampungnya. Baginya golongan alim ulama ni macam golongan pakir miskin yang minta sedekah dan derma aja layaknya, duduk berteleku dalam masjid lepas tu tak payah buat kerja amende pun. Itulah yang sepatutnya diorang buat bukan masuk politik dan bukan tafsirkan politik dengan segala yang dihukum Tuhan. Dengan penuh gaya pakcik Seli buat lagak orang alim tersipu-sipu pergi mintak dengan parti roket untuk minta bersunat, kononnya kalau orang sepet tak bagi nak bersunat pun tak bolehlah.





Anaknya dan menantunya yang kebetulan ada di situ pasal parti politik ni tak kecoh, cuma dalam hati tu ada la juga menyokong gerakan islamisasi yang dilaungkan parti bulan. Hidup Islam, takbir! Malam itu mereka diam aje pasal malas nak berjela-jela dengan orang yang tak tahu dan asyik jadi pak turut, almaklum orang-orang tua ni susah dah nak tukar pandangan mereka tentang parti yang dah lama mereka anuti. Tambahan pula maklumat kat pedalaman ni kurang. Jadi pak turut jugalah nak tak nak. Menantunya tak gelak pun waktu pakcik arun gelak sakan pasal tajuk ni, anak-anaknya gelak sakan juga. Termasuk anaknya yang parti bulan, yelah ayahnya bukan orang lain, tapi satu je yang tak paham. Gelak tawa ini bukan main-main. Bila tengok sendiri kenyataan baru diorang tahu. Pakcik Seli akan tahu juga nanti, macam mana yang dikatakan islamisasi dan gerakan rakyat untuk mengembalikan semula keadilan ini. Bukan sebagaimana yang dilecehkan olehnya. Bukan macam yang disangka, memang pengaruh parti bumi begitu, suka membiarkan sangkaan bodoh pada pengikut-pengikutnya sampai hari ini. Sampai buta tuli tak nampak jalan lah. Segala yang dibuatnya semuanya dijawabnya kononnya baik begitu begini, tiba masa pula dikutuknya parti lain pun apa kurangnya bab rasuah dan gila pangkat, sama aje dengan parti bumi sama jahat. Yang menjadi masalahnya pakcik arun tetap juga sanjung parti bumi walaupun jahat. Haru tu memang haru.





Bab ini jaga sikit, ulama adalah pewaris Nabi bukan pewaris pemerintah! Jadi siapa pun pemerintah takkan berubah ikut haluan masing-masing sebab perintah dalam kurungan islam masih lagi bergantung pada hukum-hakam, halal haram dan ijmak ulama. Bukan berlandaskan fakta ciptaan barat dan sekularisasi saja. Mana ada orang perintah dengan akal dan buat ikut suka hati nafsu serakah je pasal hukum-hukum orang ni. Mana boleh hukum orang hanya kerana perasaan marah saja. Sebab Allah menyarankan pada rasulnya hukuman itu yang kedua dan yang pertama ialah kemaafan. Kalau nak menghukum biarlah dengan keadilan dan perasaan belas. Hanya untuk peringatan dan pengajaran. Itulah hukum Allah. Allah amat kasih pada hambanya walau sejahat mana pun dia. Ikutlah hukum Allah. Ada ke hukum perogol ialah dengan menyula dan menghukum orang berzina dengan mengkasinya, tak ke ini zalim dan jelas ia adalah dari perasaan ammarah jua? Hendak menghukum adalah dengan segala cukup siasatnya serta jua saksi yang benar-benar layak. Ayaa, kalau ini macam la, bila nak hukum, lambat bagi setengah orang pula. Bukan masalahnya menghukum di sini, tetapi mencari keadilan dan jelas sekali tidak mahu menganiaya yang tidak bersalah, jika ditakdirkan tertuduh tidak bersalah tapi hanya lah tuduhan palsu bagaimana pula kiranya hukuman telah diselesaikan? Tentunya aniaya padanya. Ini jelas islam bukan menganiaya sesiapa tetapi mengambil kira ketetapan yang diberikan oleh Allah yang Maha Pengasih. Agar tidak menghukum selagi belum terbukti ia bersalah. Lama memang lama!





Sekian.


world counts on you
read more