1 comments

Penulis Sejarah Tanah Melayu

world counts on you

R.O. Winsted ialah salah seorang dari ahli Freemason. Beliau seorang penulis dan penyusun buku Sejarah Tanah Melayu untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Beliau berbangsa Inggeris. Kebanyakan buku sejarah di sekolah-sekolah Melayu berbaur taksub terhadap penjajah Inggeris. Sejarah Tanah Melayu yang sebenar banyak terpesong dan tidak dinyatakan dengan sepenuhnya, sesuatu telah disembunyikan. Beberapa nama tokoh Melayu Muslim dinyatakan sebagai pemberontak, pengganas dan penyamun. Nama-nama ulama yang berjasa ditenggelamkan, dihapuskan dan dipadamkan dari senarai perjuangan menegakkan kedaulatan Tanah Melayu ketika penentangan terhadap penjajahan Inggeris. Sementara nama-nama pembesar Inggeris untuk menjajah dan merampas hak orang Melayu dari Tanahairnya diperbesarkan dan disebut sebagai berjasa besar dalam perjuangan menentang pemberontak dan pengganas. Rekaan-rekaan kepalsuan diselitkan untuk menambah benci dan keraguan bangsa Melayu terhadap bangsanya, tanahairnya serta agamanya sendiri. Ini dilakukan dengan licik oleh pemalsuan sejarah melalui buku-buku teks dan pendidikan di sekolah-sekolah melayu agar mereka dapat memisahkan rakyat dari kecintaan terhadap Negara. Apabila sudah dapat memisahkan rakyat dari semangat patriotic dan perjuangan maka tiada lagi semangat jihad di dalam diri umat melayu islam. Ini kerana semangat cintakan tanahair adalah sebahagian dari iman, semangat pertahanan tanahair adalah sebahagian dari iman dan semangat untuk syahid adalah sebahgian dari iman.
Perancangan penjajah dan pakatan bersama gerakan bawah tanah Freemason banyak membantu mengeksploitasi keadaan sesuatu tempat, kejadian dan peluang yang ada. Ini sungguh licik dilakukan oleh Pakatan Freemason untuk menguasai sebahagian besar tentera penjajah Inggeris melalui penerimaan keahlian ketua-ketua angkatan tentera Inggeris banyak membantu Freemason untuk mengerahkan idealoginya ke dalam minda Inggeris seterusnya menguasai mereka untuk kepentingan Freemason, Yahudi dan Zionis. Penjajahan Tanah Melayu adalah satu lagi contoh kejayaan gerakan Freemason yang dibawa masuk menerusi pendudukan tentera British di Tanah Melayu.

Selepas penjajahan British meninggalkan Tanah Melayu timbul beberapa parti politik. Gerakan-gerakan bawah tanah ala-gerila British. Ianya mirip seperti Gerakan Freemason dalam menjalankan aktiviti rahsianya. Contohnya mengadakan pertemuan sulit, ceramah dan isyarat-isyarat rahsia sesame ahlinya. Gerila-gerila British telah menubuhkan beberapa kompeni khas di zaman darurat di bawah penyertaan orang-orang Melayu tempatan. Gerakan ini ialah gerila Force 16, dari sinilah menularnya gerakan ala-bawah tanah. Tujuan utamanya berasal dari semangat memperjuangkan tanahair yang diterapkan atau dilatih oleh tentera British.

Sewaktu zaman penjajahan British, keadaan mutakhir sedang bergolak oleh ancaman gerila Komunis yang mendakwa diri mereka berjuang untuk merdeka dan menghalau British dari Tanah Melayu. Gerakan Komunis Malaya dibantu sepenuhnya oleh Partai Komunis China dan Russia. Mereka mendapat bekalan senjata secara langsung dari Russia, oleh kerana senjata yang canggih itu mampu menandingi senjata moden British. Nampaknya British terpaksa mengakui kelemahan mereka itu namun mereka masih ada cara kedua untuk menangani masalah itu iaitu dengan perang saraf atau propaganda.

Namun begitu, kesungguhan Parti Komunis Malaya (PKM- dalam memperjuangkan semangatnya itu dilihat terlalu ganas dan kejam. Memang benar cara dan tindakan PKM terhadap rakyat amat kejam. Kerana itu kegagalan mereka dalam menarik sokongan orang ramai. Mereka juga dilihat gagal dalam melangsungkan perjuangan kerana perjuangan yang berlandaskan kekejaman atau kekerasan akan gagal. Oleh itu. Di sini kita lihat cara dan tindakan yang dianjurkan Islam dalam Jihad atau peperangan. Kita dianjurkan untuk mengkaji dan merujuk selok belok Islam dalam hal ini kerana Islam – walaupun membenarkan peperangan sebagai jalan terakhir – menganjurkan agar tentera-tenteranya mengamalkan tiga perkara ini, pertama ; jangan membunuh kanak-kanak dan wanita, kedua ; jangan membunuh dan menganiaya orang tua dan ketiga ; jangan menganiaya binatang, persekitaran dan merosakkan rumah ibadat.


Kemenangan Islam dalam Jihad dan penyebaran Islam di seluruh bumi Eropah dalam kurun ke 7 Masihi salah satunya dipengaruhi oleh cara dan layanan tentera Islam terhadap mereka sehingga mereka mengambil keputusan menyokong Islam menjatuhkan Raja atau pemimpin mereka yang zalim di negara mereka sendiri.


Banyak di kalangan kita sendiri ragu dan lemas terhadap sejarah bangsa kita. Sejarah Melayu atau Sejarah Tanah Melayu. Ini kita tidak nafikan kerana banyak dari ahli sejarah kita sendiri – walaupun berbangsa melayu – pun masih terpengaruh dengan agenda barat, masih tidak menapis cara kajian dan keputusannya. Mereka terus saja menggunapakai teori mereka. Jika hanya teori tentulah ia boleh dihapuskan oleh keputusan yang benar dan tepat, kerana apakah mereka tidak mahu mengembar gemburkan tentang kebenaran? Adakah kerana mereka taksub kepada idea penjajah inggeris dan tak mahu lari dari ideology mereka? Inilah yang menjadi kesimpulannya kerana ramai dari mereka adalah dari graduan luar negara yang kurang mendalam tentang sejarah tanah air sendiri.
read more
0 comments

Terang Bulan...

world counts on you




Kata makcik kiah pada pak dolah kelmarin, pasal politik sekarang ni. Mereka berborak tepi beranda kedai kopi, maklumlah meniaga kedai kopi. "dengar kabar orang melayu terbela, tapi kalau dilihat dari segi pembelaan...orang cina lagi terbela, padahal janji pemimpin melayu kita ni masuk angin keluar asap...time orang nak mengundi itulah diorang sibuk pakai kain pelikat menjaja seluruh kampung buat promosi..." kata makcik kiah. "itulah yang dinakkan diorang, kalau tak bukan namanya politik..." kata pak dolah. Awang ada kat meja sebelah sedari tadi menghirup kopinya, terdiam aje. "Kalau politik setakat mengampu, buat sesia aje, perabih air liur aje tapi habuk pun tadak..." kata makcik kiah lagi. "alah, diorang punya pasal la tu, kalau tak membangun pun diorang punya keje, kalau dah tak jalan tanggungjawab dosanya diorang yang tanggung..." kata pak dolah lagi. Awang pun menyampuk juga, "eh, makcik kiah la setakat nak jadi pemimpin dengan cara camtu saya pun boleh..." sampuknya, "susah nak cari pemimpin yang betul-betul ikhlas sekarang ni," kata pak dolah, "susah apanya pak dolah, kita undilah yang kita rasa orangnya bertanggungjawab..." kata Awang. "betul juga kata Awang tu..." sampuk makcik kiah. "kalau aku le tak sanggup aku nak jadi pemimpin ni, tugasnya berat, kalau tak kena sikit orang komen, buat salah tak buat pun salah..." terang pak dolah. Awang pun bertanya, "siapakah pemimpin islam yang pertama pak dolah?". "siapa lagi, nabi muhammad la..." jawab pak dolah, "kalau nabi muhammad mestilah contoh dan teladan yang baik..." kata makcik kiah. "oleh itu, kenapa kita tak cari orang yang beramal dan mengamalkan ajaran nabi Muhammad sebagai pemimpin, ini tidak nampak je alim ulama, diorang kutuk, caci, hina, sedangkan para ulama ialah pewaris nabi dalam menjalankan syariatnya, bukan setakat menasihati bidang agama bahkan juga memimpin hatta jadi pemimpin sekali pun..." panjang lebar Awang berceramah. "ye la, sekarang ni bukan ulama yang diidolakan budak-budak muda ni, artis-artis tu, tertonjol sana...tertonjol sini, terdedah sana...terdedah sini." Terang pakcik dolah. "itulah silapnya hiburan tanahair kita, pasal hiburan, maksiat diorang tak apa...tapi bila ada ustaz-ustaz ceramah je...ha, ekstrem..." kata makcik kiah. "pemimpin buat apa makcik kiah, diorang sepatutnya lebih mengutamakan perkara ni mendahului rakyat terutamanya pemimpin yang mengaku islam..." kata Awang. "jelas la kalau pemimpin kita seorang ulama tentulah perkara macam ni takkan dibiarkan...kalau pemimpin yang jahil buat apa dia nak peduli pasal orang islam, mentekedarah je la keje dia...harta banyak," tambah Awang lagi. "orang yang jahil tu la yang pakat deme duk setuju tu," kata makcik kiah. "payah juga kalau kita asyik sokong aje, tak ambil kira luar dalamnya." Kata pakcik dolah. "makcik kiah tolong kira berapa semua ni?" minta Awang. "RM2.50 je" kata makcik kiah. Awang berlalu.



read more
0 comments

Tentang Sebelum Kejadian Bumi...

world counts on you



Aku teringat tentang Azazil adalah makhluk Allah daripada Jin dan sudah lama hidup di bumi ketika dia berdakwah kepada Jin, mereka semua sudah lama sesat dan lupa kepada Allah. Lalu Azazil berusaha mendakwah mereka agar kembali kepada Allah. Ini bermakna Jin sudah lama hidup dan beranak pinak serta melahirkan berbagai kaum dan puaknya. Sehingga sekarang pun mereka berlainan jenis dan bentuk dan tidak kenal mengenali antara satu sama lain, sepertimana manusia juga tidak mengenali bangsa lain selain bangsa sendiri, ada manusia yang putih, kuning dan hitam. Ada manusia yang tinggi, besar dan pendek. Ada manusia yang bertutur dalam bahasa yang tidak difahami. Begitu juga Jin yang terlampau lama hidup melebihi manusia. Manusia mencipta rekaan baru yang tercapai oleh akal, begitu juga Jin yang mampu berbuat demikian lama sebelum manusia lagi. Ini menunjukkan ada teknologi dan tamadun yang tak pernah diketahui yang tercanggih yang direka oleh makhluk-makhluk ini.





Manusia dijadikan daripada tanah dan Jin dari api, hasil dari pertikaian dan pertembungan dua unsur ini lahirlah fitnah kepada Azazil yang angkuh dan terlupa bahawa ia juga makhluk Allah dan Allah maha kuasa untuk mencipta apa pun tanpa dihalang oleh makhluknya. Dia lupa lalu membangkang dan tidak mahu sujud lantas secara otomatis tercabutlah keagungan syurga dari badannya dan terhalau dari syurga.





Lalu digelar Azazil kini sebagai Iblis...laknatullah alaihi. Allah memberi jaminan sekiranya dia bertaubat Allah akan mengampunkan dosanya sehingga hari kiamat, adakah dia pernah melakukannya? Tidak dipastikan lagi sekarang ini. Allah telah memaklumkan kepada RasulNya Muhammad s.a.w. bahawa di hari hampir kiamat dan makhluk lain sudah mati, alam bergegak gempita, Allah memerintahkan Malikil Maut mencabut nyawa Iblis dan memberi peluang untuk dia bertaubat. Kejar-mengejar antara Iblis dan Malikil Maut mengelilingi bumi sebanyak 40 kali sambil menyatakan agar dia bertaubat namun Iblis tetap enggan bertaubat. Mampuslah Iblis dalam keadaan kufur dan masuk neraka selama-lamanya. Wallahualam.


Bumi kini sudah tua sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah setelah isra' mikraj, bumi ibarat perempuan tua yang sudah bongkok dan hidungnya menyeret ke tanah. Jibril telah menterjemahkan apa yang dilihat oleh Rasulullah ketika perjalanan itu, seorang perempuan tua yang bongkok dan hidungnya menyeret ke tanah sebagai dunia ini yang sudah tua. Pada pandangan saya, dunia kini sudah tua ibarat perempuan tua bongkok tujuh yang berjalan menyeret hidungnya ke tanah cuma tinggal lagi belum mati iaitu kalau bumi...belum hancur lagi. Begitulah tuanya bumi ini yang kita cintai dan sayangi amat ini. Jadi terdetik di hati saya adakah Nabi Adam diciptakan Allah ketika itu bumi sudah tua dan hampir kiamat? Jadi tentunya penciptaan Adam dan manusia ini sudah agak lewat. Tentu ada hikmah yang Allah kehendaki dari perkara ini. Saya pernah terbaca dalam satu kitab kuning tua...





Saya pernah terbaca bab di mana sebelum terciptanya dunia dan seisinya. Bahawa dinyatakan makhluk pertama ciptaan Allah ialah nur, cahaya. Adapun nur atau cahaya itu ialah makhluk yang sangat dicintai oleh Allah. Nur itu sentiasa memuji dan bertahmid kepada Allah setiap kali Allah ingin menciptakan sesuatu lalu bertanya padanya, nur itu menjawab ciptalah olehMu wahai Allah Tuhanku kerana engkau maha pengasih(ar rahman) dan maha penyayang(ar rahim). Lalu Allah menciptakan makhluk yang kemudian-kemudian di atas Ar Rahman Ar Rahim, dua nama itu yang tersohor hingga kini. Nur itu yang Allah berikan namanya sebagai kekasih Allah(Habibullah), Allah meletakkannya di dalam sangkar dan akan melahirkannya di dalam makhluknya yang bernama Muhammad. Nur itu ialah nur Muhammad(cahaya Muhammad). Kerana nur Muhammad itulah Allah menciptakan segala makhluknya di alam semesta ini, segalanya berkhidmat untuknya dan menyayanginya, walhal perlu diingat kerananya jualah diciptakan manusia. Sayugia, ketika kita ingin memulakan sesuatu bacalah bismillahirahmanirrahim. Adam ialah manusia yang pertama dan orang pertama yang ingin menjadi umat Muhammad setelah kalimah pertama yang dilihatnya di pintu syurga iaitu La ilaha illallah Muhammad rasulullah. Baginda lalu bertanya kepada Allah apakah Muhammad itu? Lalu Allah menjawab dialah yang akan lahir dari salbimu wahai Adam, dialah rasul akhir zaman dan umatnya ialah umat contoh,tetapi yang paling awal memasuki syurga sebelum umat lain.





Begitulah kemudiannya, berakhir dunia ini, Muhammad rasul terakhir...manusia ialah makhluk terakhir diciptakan sejak Adam...umat Muhammad ialah umat terakhir di dunia...Muhammad pelengkap segala nabi ibarat sebiji bata terakhir untuk melengkap sebuah bangunan...syariat Muhammad yang terakhir pelengkap segala syariat nabi-nabi sebelumnya...semuanya terkandung di dalam kitab suci terakhir untuk umatnya iaitu Al Quran...iaitulah undang-undang terakhir di dunia dan jalan terakhir untuk selamat.

read more
0 comments

Tentang Kejadian Bumi?

world counts on you



Tentang Kejadian Bumi.Kelmarin zaujah kata bumi nampak macam dah tua…yelah kan, ni duk kat kampong mestilah nampak tua, kalau duk kat Bandar nampak la baru sebab sentiasa dibarukan. Aku teringat tentang penciptaan Adam alaihissalam, berapa lamakah agaknya penciptaan Allah terhadap Adam sebelum dijatuhkan ke dunia. Aku rasa Adam adalah ciptaan Allah yang mutakhir. Selepas Adam diciptakan bumi dan langit sudah wujud lama sebelum itu, malah syaitan, iblis dan binatang sudah lama tinggal di bumi. Bahkan macam-macam jenis haiwan yang sudah pupus dan tidak pernah terlihat oleh Adam dan anak cucunya lagi.



Bumi dijadikan dari air. Zaujah kata betul ke dari air semua ni, macam mana jadi tanah lepas tu terpisah tanah dari air. Aku kata kajian barat pun kata semua alam semesta terjadi dari air, memang betul tu cuma mereka tak percaya bahawa Allah yang memerintahkan air untuk menjadikan alam ini. Haiwan yang pertama dan yang paling lama di atas muka bumi ini ialah ikan dan hidupan dalam air. Ye la kan? Aku terbaca dalam satu kitab tua, bahawa bumi ini dan langit adalah satu…dalam Al Quran pun ada sebut…kemudian ia terpisah dengan perintah Allah. Semua alam ini dahulunya adalah air, apabila Allah memerintahkan agar air menjadi panas dan seterusnya menggelegak (mendidih) lalu memercik membentuk titisan yang menyebar ke serata alam, titisan-titisan yang panas itu kemudiannya berpusar-pusar di tempat masing-masing. Beberapa lama pula Allah memerintahkan agar semuanya sejuk, lalu semuanya menjadi sejuk dan seterusnya beku di tempat masing-masing. Ada antaranya yang masih panas dan mengeluarkan haba serta ada yang terus beku dan keras. Setiap yang beku itu menjadi planet dan bulan dan yang mengeluarkan haba itu menjadi bintang dan matahari. Mereka mengelilingi antara satu dengan yang lain di atas orbit...disebutkan di dalam tafsir sebagai ular...ini kerana orbit itu berbentuk lingkaran seperti ular melingkar bukan bermakna ular hakiki. Ia adalah istilah yang digunakan di dalam Al Quran oleh Allah s.w.t.




Di dalam sains astronomi barat dinyatakan sebagai Big Bang, iaitu satu letusan besar alam semesta. Tiba-tiba sahaja meletup tanpa ada sesiapa yang menguasainya? Ini adalah keengganan mereka untuk menerima penciptanya yang maha wujud iaitu Allah...setiap sesuatu itu tentulah ada pencipta, bak kata orang sekarang hakcipta terpelihara...mana mungkin orang lain yang buat tetapi dikatakan bukan hakmiliknya...ini satu ketidak adilan, oleh itu manusia yang kufur tidak adil mengatakan bahawa Allah tidak memiliki ciptaanNya atau makhlukNya.




Tanah dan bumi ini dari air. Air yang beku itu mengikut tahap kepanasannya yang masih ada, ada tempat yang berbeza kedudukannya, membentuk keadaan muka bumi masing-masing. Ada yang menjadi tanah dan ia berbagai kategori, kedudukan bumi yang mengadap matahari lebih banyak tahap pembekuannya kurang lalu tanahnya pejal. Kedudukan bumi yang tidak mengadap matahari menjadi sejuk beku lalu menjadi ais. Garisan khatulistiwa menerima cahaya matahari sederhana lalu menjadikannya panas lembap dan tanahnya ada yang gambut dan lerai. Pohon-pohonnya lebat dan malar. Padang pasir terbentuk apabila tahap kepanasan tanah itu terlalu terik. Dengan kehendak Allah sebahagian sahaja bumi yang menjadi tanah, sebahagian lagi air. Sebahagian besar muka bumi dijadikan rendah dan menakung air itu adalah dengan rahmat Allah menjadi laut. Laut adalah lebih luas berbanding daratan. Kalau tidak demikian sudah tentulah kita tidak dapat meminum air bersih dan menghirup udara segar. Air yang di laut lebih masin kerana ia akan memusnahkan segala benda busuk dan reput lalu meruap ke awan. Awan adalah air yang meruap lalu dengan kehendak Allah diturunkan menjadi hujan di daratan yang lebih tinggi atau di bukit bukau, ia kemudiannya mengalir ke bahagian bumi yang cerun dan landai lalu membentuk sungai. Sungai pula akan mengalirkan segala-galanya ke laut pula. Aliran ini secara semula jadinya tiada menusia pun yang mengawal namun ia tetap teratur...siapakah yang mengaturnya. Kalau tidak kerana Allah yang mengatur...sudah tentu pincanglah perjalanan aliran ini dan langit, bumi serta bintang akan berlanggaran antara satu sama lain. Wallahualam.


read more