0 comments

sejarah melayu...

world counts on you

Sejarah yang kerap kita baca dalam buku sekolah dan propaganda pemerintah negara, hanyalah sebahagian dari sejarah yang telah diceraikan dari keasliannya. Kebenarannya sudah dihilangkan. Namun kita masih mempercayainya dan melemahkan semangat patriotisma kita. Justeru, apalah gunanya kemerdekaan yang digembar-gemburkan kerana parti pemerintah juga tidak ikhlas dalam mempertahankannya. Jika semangat yang ingin dikobarkan dikalangan rakyat hanyalah sikap kepura-puraan sahaja.
read more
0 comments

Sejak Bila Politik Melayu diislamkan?

world counts on you

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setelah wujudnya perjuangan memertabatkan Islam sebagai perjuangan maka timbullah golongan-golongan yang mengakui diri mereka islam atas dasar mereka itu lahir sebagai muslim, tetapi bukan apa yang diperjuangkan itu islam.

Namun kewujudan parti Islam adalah dari golongan Melayu yang memperjuangkan Islam sejak wujudnya parti Melayu yang telah dibonekakan oleh penjajah British - Freemason - Salibiyin. Setelah sekian lama peninggalan penjajah ini pun masih tetap berkeras dengan format yang sama sepertimana penjajah masih menguasainya. Parti yang telah diasah dan diasuh oleh penjajah akan tetap menggunapakai kesinambungan politiknya jua, atas alasan politik yang islamik tidak boleh diterima lagi atau kolot. Namun begitu penyokong-penyokong mereka yang percaya ianya berjuang untuk keselesaan bangsa masih mengikuti jejak langkah yang telah dipropagandakan oleh golongan ini.

Kalau disiasat adakah golongan ini benar atau salah pasti mereka akan menutup mulut orang-orang yang berani tersebut dengan alasan penyebab huru-hara negara atau ejen anti-kerajaan selayaknya ialah ISA.

Siapa yang tidak relevan sekarang ini ialah mereka yang tidak menggunapakai norma-norma kemanusiaan sejagat sebagaimana yang telah diterapkan dalam politik yang islamik. Adakah tuduhan bahawa islam tidak politikal relevan atau politik tidak boleh diislamkan relevan? Jika diamati segala yang dilakukan oleh islam untuk memimpin manusia adalah politikal dan relevan secara sejagat. Tiada manusia pun yang menolak keadilan dan kesaksamaan dalam menghukum. Oleh kerana Islam menidakkan perbezaan kaum atau darjat maka selamanya ia sesuai untuk manusia yang mengaku berakal dan tidak gila. Ia sesuai selagi hayat manusia di atas muka bumi kerana di mana pun manusia pergi atau zaman apa pun manusia hidup semuanya memerlukan suatu peraturan yang mudah dan senang. Islam tidak menyusahkan malah menyenangkan tindak tanduk manusia mengikut landasan semulajadinya.

Peraturan sejagat yang diturunkan bukan untuk menyusahkan hambanya, Allah menurunkan segala peraturan dan pengajaran melalui wahyuNya lalu dijadikan kitab suci kepada pesuruhNya Muhammad s.a.w.

Jika mana-mana manusia yang mengaku Islam tidak mengamalkan apa yang diturunkan oleh Allah - mereka sendiri mengakui Allah itu Tuhan - maka mereka itu orang-orang yang fasik. Mana mungkin seorang yang mengakui dirinya Islam mengatakan hukum Allah itu kolot dan tidak sesuai untuk diperlembagakan menurut tatahidup manusia sejagat? Ini suatu kekufuran yang tanpa disedari oleh mereka telah mensyirikkan mereka. Sayugia mereka mengucapkan dua kalimah syahadah sekali lagi, atau memperbaharui keislaman mereka. Amat besar ketidak sedaran mereka itu menyebabkan syirik hanya semata-mata kerana mereka membuta tuli menyokong pemimpin mereka yang haloba, jahil dan jahat? Mereka ikut sama terjebak? Adakah mereka rela begitu? Inilah perancangan politik kufur yang telah sekian lama diterapkan dalam pemerintahan berasaskan pemikiran manusia atau mengikut hawa nafsu manusia.

Sayugia umat Islam bersatupadu di bawah panji Lailaha illallah muhamaadurrasulullah agar kembali memperjuangkan syariat Allah di muka bumi ini agar mereka tidak terjebak ke kancah tipudaya syaitan yang bertopengkan kesenangan dan pembangunan duniawi jelas menipudaya mereka, akhirnya mereka menyesal di hujung jalan. Wallahualam.
read more