0 comments

Kemenangan Islam Di Kelantan! Tanda-tanda.

world counts on you

Tanda-tanda kemenangan Islam di Kelantan khususnya dan seluruh negara amnya terlihat dengan beberapa orang yang kuat menentang pelaksanaan syariat Islam jatuh sakit. Ramai JKKK kampung dan orang-orang yang kuat bercakap menentang syariat Islam yang ingin dibawa oleh PAS akhirnya jatuh sakit dan demam-demam. Ada yang masuk hospital dan ada yang lemah-lemah badan tak larat nak bangun.
Baru-baru ini dua hari sebelum pembentangan iaitu Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang dibentangkan dalam persidangan DUN Kelantan pada 18 Mar 2015. Tiba-tiba Pak Li (bukan nama sebenar) seorang yang kuat berpegang dengan UMNO dan menentang golongan Ulama' jatuh sakit dan masuk wad di hospital kerana jangkitan kuman dalam darah. Asalnya masuk wad kerana batuk dan lelah sahaja tapi ditahan atas alasan TiBi. Kalau dulu waktu nak mengundi dan pilihanraya dah dekat, akulah orang yang paling banyak mendengar caci makinya terhadap Islam, pelaksanaannya, sokongan orang terhadap Islam dan PAS. Aku yang menadah telinga ini dan terlalu amat berat tuduhannya terhadap PAS yang jujur ingin melaksanakan Islam dan hukum Hudud (syariat Allah) di Kelantan. Akulah yang banyak mendapat pembongkaran rahsianya iaitu sokongannya yang tak berbelah bagi kepada UMNO dan pelaksanaan hukum SEKULAR Yahudi itu di bumi ini, kononnya undang-undang orang putih itu tak ternilai dan lebih hebat dari undang-undang Syariat ALLAH!? Konon katanya..."Kita dah lahir-lahir Islam dah...cukuplah, buat apa lagi nak buat Islam!? Undang-undang orang putih yang UMNO buat ini sudah terbaik dan elok. Tiada masalah dah!" Ada lagi yang terpacul dari hati sanubarinya terus ke bibirnya yang beriktikad UMNO adalah Islam dan orang Melayu sudah Islam, jadi bila orang Melayu sudah menyokong UMNO bermakna UMNO adalah Islam. PAS mempergunakan ISLAM katanya. Kerana PAS tidak menunaikan janjinya untuk buat Islam di Kelantan walaupun sudah menang. "Mana Hudud yang dijanjikan PAS itu...tak jalan pun? Ini semua PAS penipu!" katanya. Dia ingat senang-senang hendak buat dengan tangan macam tulis novel atau buku cerita bodohnya itu? Anak-anaknya kurang mendapat perkhabaran ini atau mungkin sudah lali dengan pendapat dan pandangan kaburnya itu. Malah anak-anaknya ada yang pro dia dan menyokong menentang pelaksanaan dan perjuangan menegakkan HUKUM ISLAM yang diperintahkan oleh ALLAH itu. Walaupun begitu ada yang tidak mengikutnya. Kononnya kalau ikut UMNO senang dan dapat banyak habuan dunia, entah betul atau tidak tapi yang pastinya tidak satu pun nikmat dari dunia yang datang kepadanya dengan berkat dari ilahi.
Pada mulanya aku mengesyaki sesuatu akan berlaku kerana biasanya sebelum ini dia juga pernah jatuh sakit (tidak sedarkan diri kononnya masuk hantu), "dok kaba" kata orang Kelantan. Pada masa itu 2008, hari mengundi dah dekat dan dua hari selepas itu hari mengundi dia tak dapat pergi. Isterinya ada mengucapkan sesuatu kerana dia merasakan tak sedap di dalam hati  iaitu seperti ini, "Ini nampaknya macam nak kalah jer UMNO nih abahnya...kalau abahnya tak sedar nih." Ia menjadi kenyataan kerana selepas pengumuman menjelang menyatakan PAS menang di Kelantan dan beberapa negeri lain.
Baru aku tersedar rupanya memang ada sesuatu perkara besar seperti sebelum ini iaitu pembentangan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang dibentangkan dalam persidangan DUN Kelantan pada 18 Mar 2015. Hukum Hudud berjaya disepakati dalam sidang DUN itu. Alhamdulillah!!! Ya Allah! Benar sungguh telahan hatiku itu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apa yang terdetik di hatiku itu adalah dari Allah jua. Semua ahli sidang terdiri dari wakil PAS, wakil Keadilan dan wakil BN sepakat setuju dengan pelaksanaan HUDUD di Kelantan. Cuma tinggal lagi Sidang Parlimen untu mengesahkan pelaksanaannya pula. In-Sya-Allah, berjaya mudah-mudahan Ya Allah! Aku mendoakan itu untuk perjuangan Islam ini ... menentang puak-puak golongan SEKULAR yang dibiayai Yahudi itu yang menentang Hukum Allah dan pelaksanaannya sedangkan ia (hukum Allah) untuk kesejahteraan semua manusia di bumi ini.
Kebanyakan yang memang kuat sokong undang-undang sekular UMNO dan kuat mempertahankan kebodohannya akhirnya lemah longlai secara tiba-tiba tanpa disedari dan ada yang sakit-sakit dalam wad ketika Islam sedang diperjuangkan di Kelantan kini. Ini menandakan Allah swt sedang melemahkan mereka dan memberi tanda-tanda tentang sesuatu yang hebat akan berlaku. Ini perancangan Allah dan kelebihannya. Mengurangkan suara-suara golongan yang menentangNya dan membohongi rakyat jelata dari menyokongNya serta orang-orang yang menyokong pelaksanaan SyariatNya di bumiNya ini.
"Siapa yang mencari redho Allah dalam kemarahan manusia maka Allah lah yang akan menjadi PENOLONGNYA. Tetapi sesiapa yang mencari redho manusia dalam kemurkaan Allah maka Allah tidak akan memberi pertongan kepadanya."

Wallahu'alam.

ps. rujukan di sini............. 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-nasihat-pas-dapatkan-jaminan-bertulis-bn-sokong-hudud-kelantan

 

read more